Ruang waktu dan waktu afdal
Bersesuaian dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi.
Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab
fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau
batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi,
secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Waktu afdalnya pula ialah ketika sinar matahari kian
panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin
Arqam yang bermaksud :-
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10.00
pagi hingga 1.00 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Cara
melaksanakannya
Secara asas dan mudahnya berdasarkan
hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma
bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang
disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan
al-Dhuha pada rakaat kedua.
(Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara
(bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya
terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting,
solat tersebut diniatkan
dengan betul,
syarat-syaratnya
dipenuhi
dan rukun-rukunnya
disempurnakan
sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Solat sunat ini biasanya
dikerjakan sama seperti solat sunat yang lain. Dimana bilangan rakaat yang
biasa dikerjakan adalah 2, 4, 6, 8 atau 12 rakaat mengikut kemampuan diri
seseorang.
Niat
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selesai solat sunat Dhuha bacalah doa ini
Ertinya
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..
Nota
Kepada orang
yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah
al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca
apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan
doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca
doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk
memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)