Laksa Penang

Disember 28, 2013

Bahan-bahan utnuk kuah :-
  • 1kg ikan sardin
  • 6 sudu cili kering
  • 1biji bwg besar,2ulas bwg putih,1 inci halia
  • daun kesum,bunga kantan
  • garam,gula,serbuk perasa
  • 5pcs asam keping
  • Klik di sini untuk isi bahan

hiasan
  • 1paket laksa licin
  • timun,bwg merah,salad,nenas
  • telur rebus
  • cili padi
  • limau kasturi
Cara-cara
  1. Potong dan buang kepala ikan sardin, rebus ikan bersama 5 keping asam keping..kemudian siang ikan, buang tulang-tulang..air rebusan dan asam keping jangan dibuang..kisar bawang putih, bawang besar, halia..masuk dalam periuk lain atau asingkan
  2. Isi ikan sardin yang di kisar bersama asam keping dan air rebusan ikan..kisar sehingga betul-betul hancur.
  3. Ikan sardin yang yang dikisar, masukkan ke dalam periuk..kemudian masukkan cili kering, garam, gula dan serbuk perasa..tambahkan air..biar sehingga kuah mendidih..
  4. Potong secara kasar bunga kantan, masukkan ke dalam kuah bersama daun kesum...biarkan kuah sedikit pekat..
  5. Rendam laksa licin dengan air panas selama seminit..kemudian toskan.
  6. Hiaskan bahan-bahan seperti timun, salad, bwg merah, telur di atas mi..curahkan kuah..
  7. Siap !!


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com