- Sejarahnya, salah 1 blok Highland Towers runtuh menyebabkan 48 orang terkorban di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor pada 11 Mac 1993. Dan berikutan dengan iru, 2 blok lagi bangunan telah dikosongkan.
- Ada sumber mengatakan jumlah mangsa yang terkorban adalah lebih daripada 48 orang yang tersenarai dalam rekod rasmi manakala mangsa selebihnya terus terkubur di tapak tersebut.
- Mungkin disebabkan itu, tempat ini dikatakan berhantu dan paling seram untuk dikunjungi.
Banglo Milik Bomoh
- Banglo milik bomoh yang dijatuhkan hukuman tali gantung, Mona Fandy atau Maznah Ismail yang amat popular pada awal 90-an kerana kes bunuh ahli politik, Datuk Mazlan Idris.
- Mayat Datuk Mazlan yang di bunuh jejam (dikerat 18 bahagian) telah ditemui tertanam di dalam sebuah bilik stor berdekatan banglo tersebut yang terletak di pahang.
- Mona juga merupakan seorang penyanyi pop dan dipercayai mengamalkan ilmu batin.
Kemayan City
- Bangunan membeli-belah yang telah lama ditinggalkan di Johor Baharu.
- Khabarnya, pihka berkuasa dan kerajaan negeri sendiri telah membiarkan tapak itu kerana tidak di tuntut oleh sesiapa selepas pemiliknya membunuh diri selepas bankrap dan kemudiannya meninggalkan rasa dendam
- Kisah bermula apabila keluarga yang berasal dari Singapura telah terlihat sebuah bangunan itu terang bercahaya dan kelihatan meriah.
- Mereka memasuki bangunan tersebut dan membeli belah. tetapi sampai je kat rumah, mereka terkejut kerana barang yang diletakkan dalam but ghaib dan baki duit yang diberi bertukar menjadi daun kering.
- esoknya, mereka ke sana sekali lagi tetapi mendapati bangunan itu kosong dan usang.
Lebuhraya karak
- Lebuhraya yang memhubungkan Kuala Lumpur dan pahang.
- Pasti ada yang mendengar kisah Wolkswagen kuning ataupun Iswara putih dan sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah.
Vila Nabila
- terletak berdekatan Bukit Serence, berdekatan Straits View Hotel.
- Khabarnya sebuah keluarga kaya dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nabila. Oleh kerana terlalu menyayangi anaknya itu, mereka menamakan villa tersebut dengan nama anaknya.
- suatu hari, rumah mereka telah dirompak kemudian membunuh kesemua penghuni manakala mayat anak perempuanitu disimen di dalam dinding dan lantai rumah berkenaan.
- Misteri terungkai apabila mereka yang digangu meminta pertolongan daripada "orang yang bijak pandai" yang berjaya mengeluarkan mayat Nabila. Kejadian itu juga dikaitkan dengan dendam dan iri hati ibu tiri Nabila.
- Namun, ada beberepa versi lain. Nak tau sini.
apa ni seram-seram ni.. hihi.. mai la jb kak Aishah. leh tengok Kemayan City tu :)
BalasPadam