Takziah di ucapkan kepada family Allahyarham Ahmad Busu a.k.a Mat Deris yang sangat popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu satu ketika dalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Allahyarham dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas Maghrib, 11 November 2013 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Allahyarham yang berusia 60 tahun ketika meninggal dunia hanya mengalami demam petang semalam, sebelum dibawa ke sebuah klinik. Bagaimanapun, Allahyarham mengalami kesukaran
bernafas sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan
disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Seri Mohamad, 54 dan empat orang anak yang berusia antara 10 hingga 29 tahun. Takziah sekali lagi semoga sabar dan tabah menghadapi cubaan ini.
Al fatihah.
BalasPadam