Ahmad Ammar Ahmad Azam

November 21, 2013

on je fb pagi tadi semua certa pasal Ahmad Ammar. Tengah hari ni pun sama. tertanya-tanya siapa Ahmad Ammar tu? Kenapa semua orang asyik post tentangnya je?? Tapi tak dinafikan jenazah allahyarham kelihatan seperti sedang tidur. Tak pucat langsung seperti jenazah-jenazah yang pernah dilihat sebelum ini. pas search google tadi, baru tau siapa sebenarnya allahyarham tu sebenarnya dan kenapa beliau dimuliakan seumpama itu di Turki. So, inilah hasil carian itu :)



Ahmad Ammar Ahmad Azam 
  • merupakan pelajar Malaysia dan juga penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki
  • merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  • meninggal dunia pada 2 November 2013 akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki
  • beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya
  • digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.kerana  pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya tetapi meninggal disebabkan kemalangan jalan raya pada 2 November yang lalu.
  • merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah.
  • Dilaman Sosial, video kenangan kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun yang menjadi perkongsian itu boleh menyebabkan individu menontonya sebak dan mengalirkan air mata. 

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya adalah, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.Dimana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. 

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.Subhanallah…berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham…..Lihat video ucapan imam disana…..ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata…… Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.



SubhanaAllah..tak sedar menitis air mata membaca kisah allahyarham. Walaupun tak berpeluang lagi untuk melihat video perjalanan apatah lagi memang tidak mengenali . terbit rasa kagum terhadapnya. terasa sangat  kerdilnya diri ini. terasa malu juga dengannya yang seusia 20 tahun sudah banyak baktinya sedangkan diri ini masih lagi bergelut memikirkan hal-hal dunia. Semoga kisah ini dapat ku jadikan iktibar untuk menghadapi hari-hari mendatang dan semoga keberkatan dan kerahmatan jua mengiringi setiap langkahku ini, aamin..

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com