SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal
pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara
gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci
yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang
masih elok digunakan untuk memasak.
“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4
petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.
Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak
sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang
tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.
“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang
dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung
majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,”
katanya.
Ismail berkata, individu yang dikesan terkena
jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut
memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. “Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan
banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya
lambat menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.
Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.
Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit
berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun
baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam. Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan,
seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan
pulang.
Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain
hospital. Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis
kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap
kesihatan mereka.
kesiannya, al-fatihah utk arwah..
BalasPadamtakziah untuk arwah..
BalasPadamKesiannya n takziah pd keluarga mangsa. Sudah pastinya pihak keluarga pengantin berasa amat bersalah...huhu
BalasPadam