Norazita binti Abu Talib

Oktober 30, 2013 2 Comments
Norazita binti Abu Talib
Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan takziah kepada keluarga Norazita Binti Abu Talib, pegawai bank yang ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Dimana beliau dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Sementara identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang di laporkan berasal dari Tawau Sabah rupanya adalah palsu semata-mata. Dan, semoga pihak berkuasa dapat memburu
pegawal tersebut dengan segera. Sebelum kejadian tersebut, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama RM450,000. Sehingga kini pihak berkuasa telah berjaya menahan beberapa suspek yang terlibat termasuk isteri suspek.


Sekitar Majlis Perkawinan Diana Amir

Oktober 29, 2013 2 Comments
Sekitar Majlis Perkawinan Diana Amir

Wahhh !! baru berpeluang usha picture majlis pernikahan pelakon Diana Amir dengan Mohd Habib Bullah A. Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya 26 Oktober lalu. Tahniah  !! Majlis tersebut walaupun sederhana tapi betul-betul meriah. Cantik !! Sweet je warnanya yang bertemakan  "crystal garden" tu. Sesape tak tengok lagi jom usha-usha kat bawah ni :>
 







Gambar Bahagia Adam & Fiza

Oktober 26, 2013 1 Comment
Gambar Bahagia Adam & Fiza
bahgianya tengok picture pasangan adam dan fiza ni. Tak salah percatuan, dah masuk sebulan diorang kawin. terserlah benar kebahgian di wajah mereka itu :). So, sweet !! suka..suka..suka 










Semoga kebahgiaan itu sentiasa menjadi milik kita semua :)


Penentuan Kelantan Bertemu ATM

Oktober 25, 2013 Add Comment
Penentuan Kelantan Bertemu ATM


Tak sabar nak tengok perlawanan malam nanti. Sebelum ini, Kelantan a.k.a Red Warior telah berjaya mendahului ATM  satu gol (2-1) di Stadium Selayang. Selaku tuan rumah malam ini, semoga ianya tidak mengecewakan dan akan terus mara ke separuh akhir, InsyAllah..

Dan samada Kelantan atau ATM yang akan mara ke separuh akhir nanti
Kedua-duanya tetap menjadi pasukan favorite ku.
tau kenapa ? 
Kelantan negeriku, ku berkhidmat bersama ATM !!

gomo kelate gomo !!

Bajet 2014

Oktober 25, 2013 Add Comment
Bajet 2014
Hari ini tepat 3.00 petang, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen. Diharap semoga ada sesuatu untuk rakyat Malaysia, betul tak?? So, sama-samalah nanti kita mendengar apakah intipati Belanjawan tersebut. 



Tak sabar nak tunggu keputusan pembentangan tu. Kalau sebelum ini, dengar je pembentangan bajet mesti ingat bonus je hihih tapi setelah bekerja ni bukan itu je yang perlu diambil tau. Banyak perkara sebenarnya yang perlu di ambil tau. Dengan kos sara hidup kat bandar ni, faham-faham je la ianya tak selari gan apa yang diperolehi. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah hihi. Apa yang dapat tu memang bersyukur sangat tapi kalau dapat up kan sikit hihi itu lebih baik :)

 
Dengan kos sara hidup kat sini, memang terasa benar dengan kadar peratus pinjaman perumahan sediaada memandangkan harga rumah yang melambung tinggi. Bukan sikit tingginya itu, dah mencecah puncak KLCC. Apapun semoga adalah tindakan dari pihak tertentu untuk memastikan kita semua memiliki rumah sendiri nanti. InsyAllah.






Babysitter ??

Oktober 21, 2013 Add Comment
Babysitter ??
Alhamdulillah, akhirnya selamat tiba. Selepas seminggu berada kat kampung dan seminggu juga bersua gan family, hari ini dengan rasminya kembali bertugas. 

Seminggu bercuti macam-macam story ada, pasal bengkel 3 hari 2 malam kat KB, raya korban gan cutinya. pengalaman menaiki kapal terbang dan yang terbaru semalm-jadi babysitter kepada anak my cousin tuk 1 hari semata-mata nak dapatkan balik beg yang ditumpangkan kepada adiknya. Hehe pelik je kan?? sebenarnya my cousin tu ada kelas..sementara menunggu adiknya sampai dari Kedah, tiada salahnya tengok-tengokkan anaknya berdua tu :)

Nasib baik gak budak-budak berdua tu tak banyak ragam. Kalau tak, poning la den yang tak pernah handle anak-anak kecil hihih mane nak reti ! Adik-adikku pun semua dah besar-besar panjang. Anak-anak buah lagi la tak ada. Beruntung betul sesape yang dah biasa gan kerenah anak-anak kecil ni. Dulu ada juga temankan seorang akak kat office nikat rumahnya masa encik abangnya outstation. Ingat dapatlah tolong tengokkan sorang anaknya tapi hihih tengok dia melayan kerenah anak-anaknya pun dah penat. 3 beradik, semua nakkan maknya je. Sampaikan nak makan, minum pun tak sempat..mandi lagi la. Baru duduk dah kena bangun balik.

tapi seriusly, rasanya yang menghilangkan semua kepenatan tu adalah wajah-wajah ceria si kecil comel tu. gan telatahnya yang menghibukan benar-benar menyejukkan hatiku :) Korang tak tau la kannnnnn

**jom solat dulu..jak lagi kena sambung kerja balik !!

 

Bengkel Penstrukturan Semula MinDef 2013

Oktober 11, 2013 Add Comment
Bengkel Penstrukturan Semula MinDef 2013
Hari terakhir bengkel Penstrukturan Semula MinDef kat hotel Perdana, Kota Bharu. Mulai petang ini, semua orang akan menuju ke destinasi masing-masing.

Bestnya, dapat balik kampung. Nak-nak dapat balik awal dan pengangkutan free cam sekarang, alhamdulillah. Terasa bertuah sangat. Betul orang kata rezki dari-Nya bukan sahaja berupa wang ringgit tetapi ianya cukup luas cam kerja, kesihatan, cuti, cuaca dan lain-lain :).

Cantik juga hotel diorang. nampak lain dari lain, eklusif sangat !! Padan la sangat gan harganya tu, kan ?? Nak snap picture tak dapat pula. time camni la, tab ku buat hal huhu so, tak dapatlah nak abadikan ianya kat sini :) Tapi tak mengapa..next time leh share kot pas dapatkan semua picture yang di snap pegawai kat sini hihih tak dapat nak snap sendiri orang snap pun boleh kan :)

**mood : penat tapi happy sangat !! leh cuti panjang :)


Burger Bakar Punya Pasal

Oktober 07, 2013 Add Comment
Burger Bakar Punya Pasal
hmmm..semata mata orang tu promok nak makan burger bakar kat seksyen 2 Wangsa Maju malam tu. sampai terbabas masuk perumahan dekat area Hat Mizan. last sekali sampai gak.. boleh tahan gak..bosar. Tak caya leh try pi sana. Dagingnya pun tebal. sib baik tak ambik special kalau tak hehe..yang single tu pun tak terhabis nak makan.


Harganya pun ok, tuk satu set burger bakar-daging (biasa) adalah RM11.50 yang biasa termasuk air dan tuk set special ayam RM13.50 termasuk air. 




 

Tapi kekadang terfikir gak, apa yang istimewanya burger bakar ni ! daging memang betul tebal tapi rasanya cam sama je gan burger biasa.


Pusat Akuatik Darul Ehsan

Oktober 05, 2013 Add Comment
Pusat Akuatik Darul Ehsan
Sebenarnya picture ni dah lama dalam simpanan. Sebelum puasa lagi heheheh sebelum ni tak sempat nak share. Just taip entry then save :).

  

Aktiviti mandi kolam ni dah lama tertangguh gara-gara kekangan masa ceeeewahh haha. kebetulan lak time tu ada kenduri kahwin anak kiri sepupuku kahwin. Sambil menyelam minum air sekali la. Tengahari pergi kenduri, petang mandi kolam dan malam lak terus gerak balik KL. Peluang yang jarang-jarang nak dapat tu kalau tak digunakan sebaik mungkin memang kan rugi, betul idak hehe

 

plan asal memang nak mandi sama tapi terpaksa cancelkan last-last minute sebabnya terkejut gan gelagak orang dalam kolam tu hehe ramai sesangat !! maybe hujung minggu dan juga cuti umum, semua orang ambil kesempatan tuk berendam hihihi berendam ke? tah la kan betul ayatku ini.


Kolam kat sana da 2 jenis, yang tertutup dan yang terbuka. Cam biasa, sebelum masuk kena bayar dulu. Masa beroperasi da 4 sesi. Seronok juga melihat gelagak orang kat sana. pelbagai gaya dan pelbagai ragam, yang besar gan caranya tersendiri dan yang kecil usah certa la. Seronok sangat nak-nak tengok gaya anak-anak kecil belajar berenang. Gan baju renangnya yang pelbagai gaya tu lagi :) asyik bangat.








** leh gak hilangkan 10sion dan stress main air ni kan..kan..

Perkara yang membuatkan kita susah..

Oktober 05, 2013 Add Comment
Perkara yang membuatkan kita susah..
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan a.k.a secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan beberapa perkara yang mempunyai hubungkait dengan kesusahan seseorang itu antaranya :-

  • tidak sembahyang atau solat.
  • tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
  • makan atas pinggan yang terbalik.
  • memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
  • menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
  • berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
  • suka bersandar pada pintu rumah.
  • suka duduk di atas tangga.
  • membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
  • membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
  • tidak membersihkan rumah.
  • membuang sampah atau menyapu dengan kain.
  • suka membersihkan rumah pada waktu malam.
  • suka tidur di atas muka.
  • membakar kulit bawang.
  • menjahit baju yang sedang dipakai.
  • mengelap muka dengan baju.
  • berdiri sambil bercekak pinggang.
  • tidur tidak memakai baju.
  • makan sebelum mandi hadas.
  • tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
  • pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
  • lambat pulang dari masjid.
  • doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
  • kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
  • suka memadam pelita dengan nafas.
  • membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
  • membasuh kaki dengan tangan kanan.
  • membuang air kecil pada air yang mengalir.
  • memakai seluar sambil berdiri.
  • memakai serban sambil duduk.
  • mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
  • makan dengan menggunakan dua jari.
  • berjalan di antara kambing.
  • berjalan di antara dua perempuan.
  • suka mempermainkan janggut.
  • suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
  • meletakkan tapak tangan pada hidung.
  • suka menggigit kuku dengan mulut.
  • mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
  • mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
  • menguap ketika solat.
  • meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

ehhhhh baru perasan, banyak juga perkara yang boleh menjerumuskan kepada kesusahan ni dan banyak gak persamaannya denganku hehe



Ayam Masak Merah Dicemari Bakteria Salmonella

Oktober 02, 2013 3 Comments
Ayam Masak Merah Dicemari Bakteria Salmonella

SUNGAI PETANI - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. “Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam. Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital. Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

Sumber : Sinar harian

3 Mati, 2 Kritikal Keracunan Makanan Kenduri Kahwin

Oktober 02, 2013 3 Comments
3 Mati, 2 Kritikal Keracunan Makanan Kenduri Kahwin
Picture dari berita harian

Yan: Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat.

Meninggal selepas pengsan

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.

Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.

“Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut. 


** Takziah kepada keluarga yang meninggal. 
Dan dengar-dengar keracunan tersebut berpunca dari ayam. Betul ke?? sama-samalah kita tunggu keputusan siasatan itu seterusnya.



My Ping in TotalPing.com