Merdeka 2013

September 02, 2013
Tak terlambat lagi kot nak wish Selamat Hari Merdeka hehe hari ini pun baru 2 hb. Tak jauh lagi ni kan..kan..Ingat nak terus update blog hari merdeka tu tapi tak sempat. Sibuk betul mengalahkan PM lak hehe. Plan asal nak juga sambut Merdeka dekat dataran tapi last-last tak jadi. Housemate bangun lambat. Kalau pergi pun sah-sah tak dapat nak tengok depan-depan. Yang kat depan pun rata-rata pergi pukul 4-5 pagi. ni kan nak pergi pukul 8. So, sambutlah depan tv dekat rumah.


Syok je layan tv..housemate bagitau air tak ada. Pelik bin ajaib, notis tak terima tup-tup air tak ada. Nasib baik la dah mandi siap-siap. Baju pun dah siap basuh awal-awal lagi. Malam tu keluar AEON BIG tuk beli air tapi tak jadi beli sebabnya tinggal botol kecil je. Sebelum tu singgah dulu dekat UTM tuk mandi dan solat. Sebelum balik rumah, singgah pula Seksyen 2 cari burger bakar. 

Alhamdulillah, sampai je rumah air dah ada. Penuh satu singki sebabnya lupa nak tutup paip sebelum keluar hehe..Alhamdulillah,syukur sangat. Kalau tak huhu susahnya tiada air. Semua kerja tak jalan. Alhmdulillah, syukur juga di lahirkan dalam negara yang aman tanpa pergolakan oleh mana-mana pihak. Semoga ianya berpanjangan selamanya, aamin..


 

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com