Hehe entry ni khas untuk orang wanita a.k.a perempuan yang dah kawin je tau :>
“Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.” DR.Azwan
“Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.” DR.Azwan
KENAPA
ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada
2 sebab utama :-
1.
Untuk memudahkan mendapat zuriat
2.
Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya
adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara
praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya
cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham.
Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya
ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada
yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini
dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar.
Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana
fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar
dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya
anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda
beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini
dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika
fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.Hari 14
Waktu
inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon
yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan
oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun
melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini
dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami
kitaran semula pada hari 1.
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia
period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari
ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari –
14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya
periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada
kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan
fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari
pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak
jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda
berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN
MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita
akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang
jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika
itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air
kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR
WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak
mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja,
maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah
mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma
dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan
selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum
waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu
berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat,
pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan
Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu
optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah
menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk
beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu
subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN
MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan
zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira
kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira
melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana
anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa
teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh
bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5
hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak
boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari
sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang
kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa
tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu
pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu
terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
Sumber dari Dr.Azwan
info yg bagus ni..
BalasPadamalam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..
http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html