Majlis Sambut Puasa & Ulang Tahun

Julai 13, 2013
Tuk kali ke-3 sambut ulang tahun kat sini..CP a.k.a Cawangan Perjawatan, MinDef. Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan oleh-Nya tuk meneruskan kehidupan. Semoga keberkatan dan keredhaan sentiasa melindungiku, inshaa Allah, aamin..

Kali ini sambut awal sikit. Buat sekali gan majlis sambut puasa. Lagipun kali ini, kebetulan ramai pula warga CP yang lahir bulan Julai. Sebelum ini sambut berdua je gan Sjn (U). Tarikh pun beza 1 hari je, so tarikh yang beza tu la biasanya akan jadi sasaran hehe..teringat kan Sjn (U) tu pula.. Happy Belated BirthDay Sjn !

Kek ulang tahun
Kek Ulang Tahun Bersama 

Menu utama hari tu adalah Laksa Sarawak ala-ala Kelantan yang disediakan oleh wife Jai a.k.a Wak Leman. Kek aiskrim oleh Afla. Ayam goreng KFC yang di sponsor oleh Chief a.k.a En Zali and me. Kuih-muih oleh Mizan dan buah-buahan oleh Pn.Azizah. Sedap juga laksa sarawak tu. Siap tambah 2 mangkuk lagi hehe..nak-nak lapar. ingatkan pagi dah boleh makan tapi huhu..tengahari rupanya. Makanannya belum sampai. Tahan je la perut comelku ini hihi..hahaha sib baik kuih Mizan bawa lebih sikit. Apa lagi terus balun la, sib baik tak habis :>

Laksa sarawak
Sekali periuk-periuk keluar hahaha


kalau tak silap, laksa ni kot yang paling leceh. banyak bahan kena masuk. kena masuk ayam, udang, sambal, timun, limau kasturi, telur rebus dan daun sup tapi hmm dah tertukar gan daun ketumbar. Boleh guna juga la. Masuk kuahnya dah siap. pa yang membezakannya adalah tiada tauge kot dan telur tu direbus bukannya telur dadar yang dihiris. Lagi satu, asalnya laksa ni dimakan bersama bihun bukannya laksa. Tapi sebab dah ada laksa. Nak juga rasa..lagi sedap kot sebabnya tak serap kuah hehe apapun memang terbaik la..sodap!

Laksa sarawak by mek kelate
Laksa sarawak ala Kelantan

Pertama kali makan. Awal tu risau juga gan bau rempahnya yang cukup kuat dan minyaknya yang banyak tu. Tapi, alhamdulillah enak bangat sih !! Tengok la gaya Sjn menjamu selera ni, kalau tak caya..

nikmatnya hahaha

Model Yang Menjayakan Iklan Ayam Goreng KFC hahah

kalau dah makan hehe..xsembang memang tak sah

Selamat menikmati hidangan

Sesi susun menyusun
Potong jangan tak potong..

Bersama Pn.Liza (TSUB-Pengurusan) sebelum dia posting


Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. Ros pun dah rasa laksa Sarawak.. Sebab kat office ni, ada dari Sarawak.. tapi, laksa sarawak betul la, tak ada ala2 kelantan macam Kak Aisyah tu la.. hihi.. dia rasa herba kan.. tapi, memang sedap la :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com