Piala FA 2013 - Milik Kelantan

Jun 30, 2013 Add Comment
Piala FA 2013 - Milik Kelantan

Tahniah Kelantan !!

Tahniah kerana berjaya mengekalkan kejuaraan merebut Piala FA 2013. Gol tunggal Kelantan itu telah dijaringkan oleh NorFarhan Mohamad pada minit ke-16. Tahniah juga kepada Mohd Badhri Radhzi a.k.a Piya kerana dinobatkan sebagai man of the match malam tadi. Yang pasti kejayaan itu tidak akan datang dengan mudah. Tanpa usaha dan juga kerjasama satu pasukan.


Buat pasukan JDT, anda semua juga juara. Cuma mungkin belum masanya lagi untuk mendapat gelaran tersebut. Apapun, tahniah keran berjaya memberi saingan hebat pada TRW malam tadi.

Dan pesanan buat semua penyokong TRW yang pulang ke Kelantan, hati-hati di jalan raya. Kalau penat jangan teruskan pemanduan. Jaga diri dan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju.





Buah Zuriat

Jun 29, 2013 2 Comments
Buah Zuriat





Juga dikenali sebagai buah adam/ buah koka/ Doum di negara arab). Merupakan buah daripada pokok yang Nabi Nuh a.s gunakan untuk membina bahteranya ketika banjir besar.


Khasiat buah Zuriat:-

  • Air rebusannya boleh menyebabkan kehamilan dengan izin-Nya
  • boleh menyembuhkan lenguh-lenguh badan kalau di gosok pada bahagian yang sakit.
  • boleh menyejukkan badan
  • baik untuk darah tinggi mahu pun darah rendah
  • membetulkan hormon dalam badan
  • menambahkan tenaga
  • melancarkan kedatangan haid

Cara Penyediaan :-
  1. dengan menggunakan sudu, di ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

  2. 2 biji buah zuriat, diambil sabut dan bijinya sekali, rebus dalam 5 cawan air sahaja selama 15mint. Selepas itu biarkan selama 6 jam dan blend sabut buah zuriat je gan airnya tadi. Hanya sabutnya saja kita blend, selepas blend tapis dan minum. Esoknya ikut cara yang sama untuk dapat air buah zuriat yang fresh lagi berkhasiat, buah zuriat tak boleh direbus berulang kali.....

  3. Rebus dua biji buah ini sekali gus. Kemudian, buah zuriat itu dibelah menjadi dua bahagian. Ada gak orang belah dulu sebelum rebus..terserah pada kita kot tapi yang pasti buah ini cukup keras dan ianya memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali tau, sehingga air bertukar warna seakan-akan air teh. Anda di sarankan minum selama 44 hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. atau

  4. Belah dua bahagian kemudian rebus dalam periuk yang sedang. Masukkan air banyak-banyak tapi jangan sampai melimpah. Rebus sehingga air tinggal secawan. Pastu tambah lagi dan rebus lagi sampai tinggal secawan. Masa nak minum baca doa kat bawah sebanyak 3 kali pastu selawat atas nabi banyak kali. Niat dalam hati nak zuriat yang soleh dan solehah. Jangan lupa banyakkan bersedekah... Insya Allah. Di minum oleh isteri sahaja.


Tips-tips
  • Rebus semua sekali .... jangan buang apa2 pun termasuk sabut... belah pastu rebus. xder basuh2 apa ....
  • khasiat buah zuriat akan hilang bila rebus banyak kali sbb itu kena buat setiap hari 2 biji minum setiap hari selama 3minggu dalam setiap bulan. 
  • Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran  3 kali:

    “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”.

    Maksudnya:

    “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, Surah Ali-Imran.



Kelantan vs Johor JDT

Jun 28, 2013 1 Comment
Kelantan vs Johor JDT
 

Kelantan vs Johor JDT 

Sabtu, 29 Jun 2013 

8.45 malam

Stadium Nasional Bukit Jalil


Di siarkan secara langsung di 

RTM1 & Astro Arena (801)


Harap dua-dua pasukan leh main gan baik. Penyokong kat luar lak jangan gaduh-gaduh. Jangan buat hal la..jaga nama baik sendiri. yang penting kita semua enjoy. Menang kalah adab perlawanan, betul x??


gomo kelate gomo 

 

 


 


 

 


Juara MasterChef Selebriti Musim ke-2

Jun 26, 2013 1 Comment
Juara MasterChef Selebriti Musim ke-2
Tahniah Syura !!

Akhirnya..terjawab sudah siapa juara MasterChef Selebriti Musim ke-2. Malam tadi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron telah di’nobatkan sebagai juara musim kedua program ini selepas berjaya mengetepikan pesaing hebatnya, Celina Khor di pusingan terakhir.  





Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki menyediakan menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Woww...kelas gitu !


Kemenangan ini membolehkan Syura menerima wang tunai berjumlah RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory. Sementara Celina pula menyumbang RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).

Betul-betul jerebu

Jun 24, 2013 Add Comment
Betul-betul jerebu
Beratnya rasa kepala, gan mata terasa berpinar. badan rasa letih..terasa mual pun ada. Dari semalam lagi terasa. tak sanggup rasanya nak redah jerebu yang melanda ibu kota sekarang ni. Penat sesangat rasanya. Esok dah exam..satu paper je lagi tapi apa pun tak belum lagi. hmmm..harap sangat dapat lepas :> inshaa Allah

Sana-sini dah dilanda jerebu. mata yang tak berapa nak sihat pun bertambah-tambah lagi la sakitnya. tambah lak gan kepala yang rasa cam nak je lentok hahaha...cuaca main peranan gak tau. tapi masalahnya kepala ni sikit ting tong la hari ni. Tengok cuaca kat luar ni penuh gan jerebu, gan bau asapnya lagi..sampai ke dalam office lak. Peritnya rasa !! Tapi alhamdulillah, nasib baik hari ini Chif belanja nasi ayam.Jimat belanja tuk tengahari. Mekasih chif, semoga bertambah-tambah murah rezekinya, aamin.

rasanya tiap-taip tahun mesti dilanda jerebu tapi...tahun ni lain sikit. Lagi teruk. Kalau kat ibu kota camni, kat Johor dan Melaka sana tah la camner pula. Semalam, bangun pagi satu rumah dah berbau asap. Ingatkan ada kebakaran tapi rupanya jerebu telah merebak sampai ke sini. 4, 5 kali gak la spray dalam rumah nak hilangkan bau asap tu. last sekali biar je..

Dalam keadaan jerebu tu gak, sempat lagi mengusha baju raya kat Carrefour @ AEON BIG. Cantik-cantik gak tapi tu la semalam pulusnya belum cukup. Hmmm...nak upload gambar suasana jerebu tak boleh lagi, USB cable lupa bawa. 


**tiap yang hidup pasti akan datang menemui Penciptanya**
Takziah kepada mak saudara  !!
Semoga tabah dan sabar menghadapinya





Kelebihan Berpuasa Di Bulan Syaaban

Jun 21, 2013 1 Comment
Kelebihan Berpuasa Di Bulan Syaaban

Berpuasa sehari.

a.  Diharamkan Allah tubuhnya daripada api neraka.
b.  Dimasuk syurga
c.  Menjadi rakan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.
d.  Dianugerahi seperti pahala Nabi Allah Ayub a,s,  dan Nabi Daud a.s.
.

Berpuasa tiga hari pada permulaan, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban.

a.  Mendapat pahala 70 orang nabi,
b.  Seperti orang beribadah 70 tahun .
c.  Jika mati pada tahun itu seperti mati syahid.
.

Berpuasa tiga hari kemudian bersalawat tiga kali sebelum berbuka puasa. 

a.  Di ampunkan oleh Allah.
b.  Diberkatikan rezeki.
c.  Allah Ta’ala membukakan pada bulan ini tiga ratus pintu rahmat.
.

Berpuasa pada hari Khamis pertama dan Khamis terakhir bulan Syaaban.

a.  Dosa yang telah lalu, diampunkan Allah.
b.  Akan dimasukkan ke dalam syurga.
.

Berpuasa pada hari Isnin terakhir dalam bulan Sya’aban.

Diampunkan dosa oleh Allah SWT
.

Berpuasa sebulan.

a.  Dimudahkan Allah akan saat mati,
b.  Terlepas dari kegelapan alam kubur,
c.  Bebas dari huru-hara Munkar dan Nankir,
d.  Allah menutupkan aib di hari kiamat,
e.  Diwajibkan masuk ke syurga.
.
Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat banyak dan bermakna bagi hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan inilah peluang keemasan yang semestinya kita kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Namun, janganlah pula kita melakukan amalan itu kerana ingin memperoleh ganjaran semata-mata, kerana keutamaan dalam beribadat ialah ikhlas mencari keredhaan Allah SWT.
.

Oleh;
Shafiqolbu
2 Syaaban 1432H

Petua Sakit Gigi

Jun 19, 2013 Add Comment
Petua Sakit Gigi
Aduhhhh...sakitnya gigi ni. Nape lak tertiba je datang menyerang ni. Tak sanggup rasanya...tak tertahan denyut sakitnya ni. Dah la kerja ni nak kena siapkan gak hari ni. Fokus..fokus...

Rasanya dah lama gigi ni tak buat hal huhu.. last masa sekolah menengah dulu. Tingkatan 3, gara-gara gigi yang sakit satu kelas gelakkan aku huhu..malu pun ada tapi hehehe tu la kenangan yang akan tetap segar dalam lipatan sejarah :) Sib baik ada beberapa cara tradisional yang pernah digunakan dulu. dapat gak kurangkan rasanya tu walaupun tak hilang terus. 




Beberapa cara untuk menghilang dan mengurangkan sakit gigi ni.

  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Sekiranya gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.



Pokok Yahudi - Gharqad

Jun 17, 2013 Add Comment
Pokok Yahudi - Gharqad
Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih :


“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”. (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Perancangan Yahudi

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW.  Namun, keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam sepanjang masa.
 
Tentang Pokok Gharqad
 
 
Bagaimanakah rupa sebenar pokok Gharqad itu? Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai tumbuh dengan iklim di Malaysia.
 
Pokok Gharqad berbunga dan mengeluarkan buah
 
Pokok Gharqad merupakan panggilan bagi pokok Yahudi dalam bahasa Arab. Dalam istilah botani, pokok Gharqad dikenali sebagai spesis Boxthorn, termasuk dalam keluarga Solanaceae yang terdiri lebih daripada 90 spesis. Nama-nama lain yang biasa digunakan untuk pokok ini ialah desert-thorn, Christmas berry, wolfberry, Matrimony vine, Tea-tree dan Goji.
 
Seterusnya, dikatakan spesis tumbuhan ini adalah kedua terbesar di negara haram Israel selepas pokok akasia. Spesis ini banyak tumbuh pada ketinggian kurang daripada 1500 meter dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan kering serta kekurangan air.
 
Kempen penanaman pokok gharqad di Israel  untuk mengaburi mata masyarakat dunia
 

 
Sumber : Bicara santai


Semakan Status Peperiksaan KPSL

Jun 14, 2013 1 Comment
Semakan Status Peperiksaan KPSL
Wahhh..semakan tuk mengetahui tempat exam KPSL dah keluar la. Tengahari tadi terbaca status kawan kat facebook. terus je semak. Tak sabar tuk mengetahui tempat exam tu nanti.. hmmm..kalau sebelum ini kena dekat chow kit je tapi kali ni kat Rumah Puspanita.

Rumah Puspanita? kat mane tu..

alamattt.. jauh la pula kali ini. Sib baik la satu paper je hehe harap-harap tak ada masalah la nanti. Doakan semoga berjaya yae hehe.

Ehhh...kekawan dah semak belum?? nak semak klik sini tau


Cuti Peristiwa 30 Jun 2013

Jun 14, 2013 3 Comments
Cuti Peristiwa 30 Jun 2013
Seronoknya hujung bulan ini cuti peristiwa. Semalam diorang dah siap umum dah..mesti lagi seronok ni. Kat tempat lain ada gak ke? hehe mane ada, kan :) boleh la plan jumpa seseorang hujung bulan ini tak pun plan balik kampung seronoknya. tak sabar..tak sabar..tak sabar hehe janagan tak tau pula cuti peristiwa ni tuk semua warga kelantan tau. Tapiiiii tuk warga yang berada kat sana je ke or sekali gan yang kat luar-luar ni juga. arrr..dalam tu je. alahhh yang kat luar tak dapat ea :( sedihnya !! nak jugakkkkk. nak tengok games tu jugakkkk

Semalam Menteri Besar Kelantan,  Dato Ahmad Yakob Kelantan telah mengisytiharkan Cuti Peristiwa sempena perlawanan akhir Piala FA 2013, Kelantan FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Cuti peristiwa ini diberikan untuk  kerana untuk memberi peluang kepada penyokong pasukan Kelantan FA (rakyat kelantan) menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2013 diantara pasukan Kelantan FA menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Terjawab sudah !! Apa pun gud luck tuk pemain Kelantan. Kalah menang adab bermain. yang penting korang boleh...Luar padang pula jangan macam-macam.


Angkara Rakan Baik Hilang RM19 juta

Jun 14, 2013 Add Comment
Angkara Rakan Baik Hilang RM19 juta
Melaka: Akibat mempercayai rakan baik yang juga pegawai kanan sebuah bank, seorang kakitangan kerajaan di sini menanggung kerugian RM19 juta selepas wang diserahkan secara berperingkat kepada lelaki itu untuk didepositkan ke dalam akaunnya sejak tiga tahun lalu, lesap.

Wanita berusia 47 tahun itu dikatakan menyedari wang didepositkan melalui suspek hilang selepas pergi ke bank untuk mengemaskinikan akaunnya pada 3 Jun lalu sebelum membuat laporan polis.

Suspek yang menyedari tembelangnya pecah apabila mangsa membuat laporan polis, menghilangkan diri serta tidak hadir bekerja dan gagal dikesan sehingga kini. Pegawai bank berusia 28 tahun yang berjawatan pengurus unit di bank terbabit dipercayai memindahkan wang mangsa ke dalam akaun tiga rakannya melalui Internet dan dikeluarkan secara berperingkat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Superintendan Soh Hock Sing berkata, bertindak atas laporan dibuat, polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan.

“Hasil siasatan polis membawa kepada tertangkapnya dua lelaki berusia lingkungan 20-an di Bukit Beruang pada Isnin lalu dan menemui semula wang mangsa berjumlah RM11 juta. “Dua lelaki yang diberkas itu dipercayai pemilik akaun yang mana pegawai bank terbabit memindahkan wang mangsa ke dalam akaun mereka,” katanya pada sidang media pejabatnya, semalam.

Soh berkata, polis bagaimanapun masih mengesan pegawai bank terbabit yang menghilangkan diri bersama seorang lagi rakannya bagi membantu siasatan kes berkenaan. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, mangsa yang mengenali suspek menaruh kepercayaan terhadap lelaki itu untuk mendepositkan wang ke dalam akaunnya sejak tiga tahun lalu.

“Urusan mendepositkan wang itu tidak dilakukan di kaunter bank sebaliknya melalui suspek yang diberi kepercayaan oleh mangsa. “Setiap kali transaksi dibuat, mangsa diberikan resit penerimaan sebagai bukti dan ia berlarutan sehingga wanita itu menyedari ditipu apabila dimaklumkan bahawa resit transaksi diberikan palsu ketika dia pergi mengemas kini akaun,” katanya.

Beliau berkata, pada awal tahun, mangsa ada memberitahu mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya, namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan.

Malah, katanya, bagi meyakinkan wanita itu, pegawai bank terbabit pernah memberikan satu penyata akaun.

“Sehubungan itu polis sedang mengesan Chua Ken Juan dan seorang lagi lelaki, Low Kim Hsen, 25, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Sumber : myMetro 

sampai hati betul rakan baik buat camtu. Nak kata tak kerja tapi berkejaya. Macam-macam boleh jadi

 

Galau

Jun 14, 2013 1 Comment
Galau
Galau tu apa, yae? Dan naper lak lagu ni tajuknya galau. Dah tiada perkataan nak digunakan ke hehe pepandai je. Tu kan lagu diorang biarlah diorang yang tentukan nak guna perkataan apa, kan. Tapi menarik gak perkataan tu. Sampai tertanya-tanya apa maknanya :> 

Lagunya pun boleh tahan, sedap didengar. Liriknya pun hehe ok gak. Officemate bagitau semalam galau tu cam tak keruan, kebimbangan, kerisauan. Betul ke?? Dan hari ini makna sebenar G.A.L.A.U tu merujuk kepada kamus dewan  hehe rujuk jangan tak rujuk

 
Lirik lagu : Galau
Penyanyi : Five Minutes
 
Katakan saja, jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

(sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan) putus dengan aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau



Amalan Sunat Bulan Syaaban

Jun 10, 2013 2 Comments
Amalan Sunat Bulan Syaaban

Amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Berpuasa sunat.
  • Berdoa, zikir, selawat dan bertaubat.
  • Perbanyakkan amalan takwa.
  • Solat lima waktu secara berjemaah.
  • Banyakkan solat sunat terutama solat malam.
  • Melakukan amal kebajikan.
  • Memohon keampunan ibu bapa.
  • Menjauhkan diri daripada maksiat dan dosa.
  • Bersedekah kepada golongan yang memerlukan.
  • Berusaha mendapatkan keredaan Allah pada segala amal kebajikan.
  • Memohon semoga terhindar daripada segala bencana, dan malapetaka.
  • Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristighfar dan berzikir.

My Ping in TotalPing.com