Saya Sebenarnya Isteri Dia !!

Mei 25, 2013
Drama bersiri ini bersiaran menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 29 Mac 2013 di TV3. Menampilkan Tiz Zaqyah sebagai Syaf dan Izzue Islam sebagai Firash / Chad. 



Sebenarnya, dah baca novel tu separuh jalan kat Penulisan2u. Jalan certa dia memang best, tu yang usha-usha sampai kat Pesta Buku bagai tahun lepas '12 just nak tau kesudahannya. Tapi tu lah susah betul nak dapat. Bagitau housemate tolong carikan tapi tup-tup dia lak yang beli dulu hehehe dah alang-alang dia beli tu tumpang sekaki terus la. Tak sangka lak novel tu nak diadaptasikan (betul ke ejaan camni hehe tibai je la..) :> Apa pun seronok gak melihat lakonan Tiz Zaqyah dan Izzue Islam ni. Menjadi sangat-sangat.



Sinopsis:
Mengisahkan percintaan selepas perkahwinan diantara Syafa Aqira (Tiz Zaqyah) dan Firash Arshad (Izzue Islam). Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syaf dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syaf Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syaf, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syaf lena di bilik tamu, tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syaf tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syaf (Farish) datang lewat ke majlis. Farish melihat mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan Firash dan Syaf terus yang memang Syaf kebetulannya anak angkat Datin Farizah.

Farish meninggal dunia pada hari pernikahan Firash dan Syaf. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syaf sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menyatukan mereka berdua apabila mereka ditempatkan dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syaf. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, iaitu dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara dia dengan Firash.

Gambar yang sudah di'super imposed' tersebut dihantar ke meja Syaf, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syaf dan Firash terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar-gambar tersebut telah memaksa Syaf menunaikan haknya sebagai seorang suami. Keadaan itu memaksa Syaf melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Apakah kesudahan seterusnya, dapatkan novel ini segera atau..jangan lupa tontoni drama ini nanti :>



Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. dok tengok jugak cerita ni :-)

    BalasPadam
  2. citer ni ramai yg cakap best. tapi...satu episod pun akak tak sempat nak tengok. huwaaaa

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com