I-City

Mei 28, 2013 3 Comments
I-City

Akhirnya sampai juga kat sini. Besar betul tempat tu. Tak larat nak angkat kaki pun ada gak nak-nak kaki tak ok lagi. Terjatuh dari tangga. Camne leh jatuh pun tak tau la. Ingat anak tangga last sekali dah tapi hahaha..sekali terduduk terus. Mak aiii..sakit betul.


Tak sangka juga dapat pergi malam tu. Ingat kan pergi Shah Alam nak lepak-lepak je semua housemate ada program lak minggu ni. Nak balik kampung tak boleh lak,dah janji gan orang. Nak-nak orang dah bagi kerja minggu lepas. Tak siap tak seronok lak nak balik kampung hehe tak nak poning-poning pikir kerja kat sana je.  Esok dah start cuti. Seronoknya!! Malam nanti bertolak. Doakan semoga semuanya berjalan lancar yae :>


Ramai gak la orang kat sana malam tu. Maybe ambil kesempatan sempena cuti sekolah kot. Banyak gak la permainan kat dalam tu tapi tuk yang berumur 12 tahun ke atas la. Yang berumur bawah tu terhad sikit. Just naik apa ke namanya tu cam roller coster gak la gan anak sepupu malam tu. Mak saudaranya minta jaga anak buahnya kejap.. ok gak la hahaha
 




   

 







Saya Sebenarnya Isteri Dia !!

Mei 25, 2013 3 Comments
Saya Sebenarnya Isteri Dia !!
Drama bersiri ini bersiaran menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 29 Mac 2013 di TV3. Menampilkan Tiz Zaqyah sebagai Syaf dan Izzue Islam sebagai Firash / Chad. 



Sebenarnya, dah baca novel tu separuh jalan kat Penulisan2u. Jalan certa dia memang best, tu yang usha-usha sampai kat Pesta Buku bagai tahun lepas '12 just nak tau kesudahannya. Tapi tu lah susah betul nak dapat. Bagitau housemate tolong carikan tapi tup-tup dia lak yang beli dulu hehehe dah alang-alang dia beli tu tumpang sekaki terus la. Tak sangka lak novel tu nak diadaptasikan (betul ke ejaan camni hehe tibai je la..) :> Apa pun seronok gak melihat lakonan Tiz Zaqyah dan Izzue Islam ni. Menjadi sangat-sangat.



Sinopsis:
Mengisahkan percintaan selepas perkahwinan diantara Syafa Aqira (Tiz Zaqyah) dan Firash Arshad (Izzue Islam). Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syaf dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syaf Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syaf, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

Syaf lena di bilik tamu, tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syaf tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syaf (Farish) datang lewat ke majlis. Farish melihat mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan Firash dan Syaf terus yang memang Syaf kebetulannya anak angkat Datin Farizah.

Farish meninggal dunia pada hari pernikahan Firash dan Syaf. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.

Perkahwinan Firash dan Syaf sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menyatukan mereka berdua apabila mereka ditempatkan dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syaf. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, iaitu dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara dia dengan Firash.

Gambar yang sudah di'super imposed' tersebut dihantar ke meja Syaf, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syaf dan Firash terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar-gambar tersebut telah memaksa Syaf menunaikan haknya sebagai seorang suami. Keadaan itu memaksa Syaf melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya.

Apakah kesudahan seterusnya, dapatkan novel ini segera atau..jangan lupa tontoni drama ini nanti :>



Yang Perlu Dijaga Wanita !!

Mei 25, 2013 1 Comment
Yang Perlu Dijaga Wanita !!

Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) 
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

Wangian  
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

Dada 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Gigi 
Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) 
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)



Muka dan leher 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. 
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah saw: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.) tapi hari ini huhu

Tangan 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

Mata 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


Mulut (suara) 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
 

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)



Kemaluan 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
 

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)



Pakaian 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59 yang bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
 

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.



Rambut 
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Sumber : Facebook

Merah Bata kepada Hijau ??

Mei 23, 2013 1 Comment
Merah Bata kepada Hijau ??
Minggu lepas bukan main teruja lagi kirim kain warna merah seakan-akan merah bata dekat kawan yang pergi Bandung tapi ari ni ... tapi tak boleh nak salahkan dia gak. Maybe picture yang bagi kat dia tu tak berapa jelas (silau). So, dia tak beli huhu tu lagi sedih awaaaaa

Merah ni cantk kan..kan..


Banyak gak kain dia borong kat sana tapi warna yang nak memang tak ada. Yang satu tu terlalu merah, yang lain kureng sikit. Tapi masa tengok-tengok tu terambil la kain ni. Bunga dia kemas sikit berbanding yang lain. Just warna latar dia je yang pucat sikit. Boleh la walaupun bukan ini yang nak.Yang pasti bukan warna ini yang akan dijadikan baju raya tahun ini. Nak merah tu gakkkk..

Yang tiada dalam senarai lak terambil..




Sape Punya Kerja Ni ??

Mei 22, 2013 2 Comments
Sape Punya Kerja Ni ??
Huhuhuhu..apa ke halnya di bukanya pintu tepi ni. Habis berterbangan segala tirai tu. terbang saja tak kisah ni naik pening kepala lak mendengar tirai tu. Tadi dah di tutup pintu tu. Lagi di bukanya pintu tu lak.. Tak tau ke ianya menyusahkan orang je huhu..




Penting Untuk kaum WANITA !!

Mei 19, 2013 2 Comments
Penting Untuk kaum WANITA !!
Menakutkan betul la meneengok picture ni. Gerun betul !! tak nak bayangkan pun kalau ianya berlaku nak-nak kepada diri sendiri or orang terdekat. So, dari tu nak share gak info ni tuk ingatan diri sendiri dan mereka yang suka memakai terus tanpa dicuci pakaian yang baru dibeli. Petikan ini adalah dari perkongsian  laman sosial Fb. Mungkin dah ada yang tau kan???

Cucilah bra dan pakaian baru Anda, sebelum dipakai. Banyak orang yang melakukannya, ini sebagai peringatan bagi yang tidak melakukan-nya. 

Baca dan persiapkan diri Anda untuk melihat gambar ini diatas. Kami tidak tahu parasit apa yang ada didalam pakaian ketika kita membelinya.Ya Tuhan. Menjijikkan. 

Kirimkan ke semua wanita!!! 

Cucilah bra baru kita sebelum Anda memakainya!! Jadikan ia satu kebiasaan mulai dari sekarang untuk mencuci pakaian baru Anda sebelum memakainya, ini SANGAT PENTING!!

Setelah Susan McKinley (Antropologis) pulang daripada ekspedisi di Amerika Selatan, ia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya, tidak ada yang tahu itu apa, dan ia pikir ruam itu akan hilang seiring waktu. Setelah ia kembali, ia menemui doktor karena sudah mulainya rasa sakit. Doktor tidak dapat mengetahui penyakit apa yang di hidapinya, doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah berselang rasa sakitnya tidak hilang dan payudaranya semakin rasa panas dan mulai berdarah. Ia memutuskan untuk membalut pendarahan itu, bagaimanapun rasa sakitnya semakin bertambah, ia mulai mencari doktor2 terbaik. Dr. Lynch tidak bisa mendiagnosa infeksi apa yang terjadi dan meminta Susan untuk mencari temannya yang ahli dalam bidang Dermatologi. Tetapi malangnya sang doktor sedang berlibur bercuti kot. Susan menunggu selama 2 minggu dan akhirnya dapat bertemu. Susan terkejut, setelah ia membuka perban nya, mereka menemukan larva bertumbuh dan bersarang dalam pori2 dan dalam luka payudaranya, sesekali mahkluk jahat ini masuk dalam pori2 dan muncul di lubang sebelahnya, yang ia tidah tahu adalah lubang itu sangat dalam dari yang ia bayangkan. Larva ini memakan lemak, lapisan kulit dan kanal susu payudaranya!

Walaupun kekadang sukar memahami tapi rasanya kita tau apa sebenarnya yang ingin di sampaikan oleh penulis info tersebut kan..

Wordless 4 : Selamat Pagi

Mei 18, 2013 2 Comments
Wordless 4 : Selamat Pagi

yang kat atas ni cam mood hari ni je.
mood di awal pagi.
masih dalam keadaan mengantuk, blur dan konfius hahaha

Apapun selamat pagi semua !!
ayuh mulakan hari anda 
jangan tunggu dah petang baru nak mula
plan betul-betul biar ianya menjadi hari yang indah dalam kamus hidup kita semua

ayuhhhh

Kaedah menjawab soalan Undang-undang KPSL

Mei 17, 2013 1 Comment
Kaedah menjawab soalan Undang-undang KPSL
Soalan 1

(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembangaan persekutuan, bolehkah isteri Haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)

Jawapan

Boleh. 
Dengan syarat :-
i) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2 tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
ii) Katie berkelaluan baik 

Ini merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 15 Fasal (1)(a) dan (b).

atau

Merujuk kepada  Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 15 Fasal (1)(a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi warganegara malaysia dengan syarat :-
i) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh 2 tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
ii) Katie berkelaluan baik 


(b) sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oelh kerajaan Persekutun, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Perlembangaan Persekutusn, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1), Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

c) bilakah secara rasminya katie boleh menjadi warganegara dengan cara pendaftaran?
(5 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3), Secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemian itu.


d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)

Jawapan

Boleh
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2)(a) dan (b) yang menyatakan bahawa .........

e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu. Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada negeri Selangor.
(5 markah)

Jawapan

Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan -
(a) ...
(b) ...

Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2)(a) dan (b)


Kaedah menjawab soalan Perintah Am, Arahan Perbendaharaan & Tatacara Pengurusan Stor KPSL

Mei 17, 2013 19 Comments
Kaedah menjawab soalan Perintah Am, Arahan Perbendaharaan & Tatacara Pengurusan Stor KPSL
Soalan 1

En. Osman telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Perdana Menteri. Semasa dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Setelah genap 3 tahun berkhidmat, beliau masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan kerana gagal peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan.

(a) NYATAKAN tindakan awal yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan En. Osman sekiranya beliau hendak memperakukan En. Osman dilanjutkan tempoh percubaan.
(10 markah)

Jawapan

Merujuk kepada Arahan Perbendaharaan Perintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 28 Fasal (4) dimana Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat yang mempunyai maklumat seperti berikut :
(i)  Sebab pegawai itu tidak disahkan
(ii) Syor yang diberikan oleh Ketua Jabatan samada pelanjutan tempoh percubaan tersebut dengan atau tanpa denda.
(iii) maklumat perkhidmatan pegawai yang telah dikemaskini
(iv) senarai peperiksaan yang telah diduduki pegawai tersebut


 
(b) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh percubaan tersebut
(2 markah)

Jawapan

Suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 28 Fasal (5). Suruhanjaya itu pula merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian I Peraturan 4


(c) Apakah impikasi kepada perkhidmatan En. Osman sekiranya tempoh percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda

Jawapan

Merujuk kepada Arahan PerbendaharaanPerintah Am, Bab A, Bahagian V Peraturan 30, kesan daripada pelanjutan tempoh percubaan dengan denda tersebut adalah En. Osman :-
(i) hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama tempoh pelanjutan itu
(ii) tiada pergerakan gaji sepanjang tempoh percubaan dengan denda
(iii) pengerakan gaji diubah mengikut tarikh mengesahkannya dikuatkuasa.

Ella Tunaikan Umrah

Mei 16, 2013 Add Comment
Ella Tunaikan Umrah
Hampir setahun mengecak kehidupan sebagai seorang isteri akhirnya ratu rock negara, Ella dan suaminya selamat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah selepas lebih kurang dua minggu berada di sana. Rombongan tersebut turut disertai kakak dan pengurusnya sendiri, Jojie dan ibu mereka serta beberapa lagi keluarga rapat mereka.



Selain mengerjakan ibadah umrah, Ella dan keluarga sempat berkunjung ke beberapa kota-kota Arab lain termasuk Jordan dan Palestin.













Senarai Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2013

Mei 16, 2013 Add Comment
Senarai Kabinet Baru Kerajaan Malaysia 2013

Perdana Menteri:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

 
Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan 2:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan

JABATAN PERDANA MENTERI


MENTERI
(1) Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom
(2) Datuk Seri Abdul Wahid Bin Omar (Senator -Berkuatkuasa 5 Jun 2013)
(3) Senator Datuk Seri Idris Jala (Senator)
(4) Tan Sri Joseph Kurup
(5) Datuk Seri Shahidan Bin Kassim
(6) Nancy Binti Shukri
(7) Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
(8) Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI
(1) Datuk Razali Bin Ibrahim
(2) Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI


MENTERI
(1) Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin

(2) Datuk Seri Idris Bin Jusoh

TIMBALAN MENTERI

(1) Datuk Mary Yap Kain Ching
(2) P. Kamalanathan A/L P.Panchanathan

MENTERI PERTAHANAN

(1) Menteri : Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein
(2) Timbalan Menteri : Datuk Abdul Rahim Bakri

MENTERI PENGANGKUTAN

(1) Menteri : Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein (Memangku)
(2) Timbalan Menteri :
Datuk Ab. Aziz Kaprawi

MENTERI DALAM NEGERI

(1) Menteri : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

MENTERI KERJA RAYA

(1) Menteri : Datuk Fadilllah Yusof
(2) Timbalan Menteri : Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

(1) Menteri : Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed

(2) Timbalan Menteri : Hamim Bin Samuri

MENTERI LUAR NEGERI

(1) Menteri : Datuk Seri Anifah Bin Aman
(2) Timbalan Menteri : Datuk Hamzah Bin Zainuddin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

(1) Menteri : Datuk Hasan Bin Malek

(2) Timbalan Menteri : Datuk Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

(1) Menteri : Datuk Seri Ahmad Shabery Bin Cheek

(2) Timbalan Menteri : Datuk Jailani Bin Johari

MENTERI SUMBER MANUSIA

(1) Menteri : Datuk Richard Riot Anak Jaem
(2) Timbalan Menteri : Datuk Ismail Bin Abd. Muttalib

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

(1) Menteri : Datuk Seri Shafie Bin Apdal
(2) Timbalan Menteri : Datuk Alexander Nanta Linggi

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

(1) Menteri : Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan
(2) Timbalan Menteri : Datuk Halimah Binti Mohd Saddique

MENTERI BELIA DAN SUKAN

(1) Menteri : Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
(2) Timbalan Menteri : Datuk Saravanan A/L Murugan

MENTERI KESIHATAN

(1) Menteri : Datuk Seri Subramaniam
(2) Timbalan Menteri : Datuk Seri Hilmi Bin Yahaya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

(1) Menteri : Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

(1) Menteri : Datuk Seri Douglas Uggah Embas
(2) Timbalan Menteri : Datuk Noriah Binti Kasnon

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

(1) Menteri : Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
(2) Timbalan Menteri : Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TAN

(1) Menteri : Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
(2) Timbalan Menteri : Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

(1) Menteri : Datuk Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
(2) Timbalan Menteri : Yb Datuk Joseph Salang Anak Gandum

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

(1) Menteri : Datuk Dr. Ewon Ebin (Upko)
(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

(1) Menteri : Datuk Seri G. Palanivel

(2) Timbalan Menteri : Datuk Dr. James Dawos Mamit

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

(1) Menteri : Datuk Rohani Binti Abdul Karim
(2) Timbalan Menteri : Datuk Azizah Binti Mohd. Dun



My Ping in TotalPing.com