Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com

April 29, 2013 7 Comments
Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
 
Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Copy Coding Entri :


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :
klik pada gambar untuk besarkan

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.
 
 

Tanda Awal Sakit

April 27, 2013 8 Comments
Tanda Awal Sakit

Tahukah kita bahawa tanda awal sakit di badan merupakan satu keajaiban yang memberi beberapa maksud tertentu supaya kita lebih memahaminya. Kebanyakan orang diantara kita gagal a.k.a salah faham dalam memahami perkara ini

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan biasanya berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Jom baca untuk menilai sejauh mana tahap kesihatan diri kita kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit itu hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit. Betul tak??



MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin
           i. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
           ii.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  • Bibir pucat
      i.  Sistem penghadaman yang lemah.

     ii.   Perut mengandungi angin.
     
     iii.  Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang
         sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan
         fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
          iv. Bibir kering dan pecah - Perut mengandungi banyak bahan toksin.


MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)
  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


RUAM DAN BISUL 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


KULIT GATAL DENGAN RUAM 
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


KULIT PECAH DAN BERAIR 
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


RAMBUT GUGUR 
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

  •  Sakit Sendi
         i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
             penyakit pirai (gout).


        ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

       iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi 
             metabolisme tidak seimbang.

  • KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
          i) Bahagian atas. Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

        ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi/ tekanan darah.

  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG/LIDAH

  • LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • MUNTAH DARAH
           i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

         ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit
             ulser.




LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK - Tanda sakit jantung.


KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT - Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman



KENCING

  • KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

  • AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

  • AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

  • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

  • AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.



BUANG AIR BESAR

  • CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

  • SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
  • NAJIS BERDARAH 
          i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 
          ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


BADAN

  • RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
          i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

          ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

       iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- 
             organ badan.

          iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

  • BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
  • BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  • BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT - Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


CEPAT NAIK DARAH/MARAH -
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.



RASA BIMBANG DAN TAKUT - Sistem paru-paru yang lemah.



RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB-

  • Sistem jantung yang lemah.

  • Sistem saraf otak yang lemah.

  • Masalah pengaliran darah.


SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL - Sistem penghadaman yang lemah.




Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Semak Saman JPJ atau PDRM

April 25, 2013 4 Comments
Semak Saman JPJ atau PDRM

Zaman serba teknologi sekarang memudahkan sesiapa sahaja untuk menguruskan kehidupan seharian. Semua di hujung jari sahaja. Klik sini klik sana dah selesai :> tak terkecuali tuk check saman!!

Ohh saman! Tak kira la saman tu dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Or Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebenarnya ada beberapa cara tuk check saman tu. Antaranya :>


1. Semak saman PDRM Melalui SMS

PDRM menyediakan saluran mudah untuk semak saman trafik melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Ada 3 cara semak saman melalui SMS :


Cara #1 :


Taip: POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor pendaftaran/Plat kenderaan. Hantarkannya ke 32728

Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 hantar ke 32728

Cara #2 :


Taip POLIS SAMAN<jarak>No Plat kenderaan dan hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN WEV1025 dan hantar ke15888

Cara #3:


Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

Contoh : POLIS SAMAN 123456781234 hantar kepada 32728

2. Semak Saman Online PDRM Melalui Portal Rasmi PDRM

1) Untuk yang sudah mendaftar - boleh login di sini
2) Yang belum mendaftar pula - daftar di sini

3. Semak Saman JPJ Online Melalui Portal Rasmi 

Klik link ini :
Laman Web JPJ samada dengan menggunakan No Kad Pengenalan sahaja ataupun No Kad Pengenalan dan No Plat Kenderaan


4. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:

Taip JPJ your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773 



5. Semak Saman Trafik Polis (PDRM) – Semak Saman JPJ & Pembayaran Saman Melalui Online (Sistem MYeG)


Kaedah ini adalah lebih mudah untuk menyemak saman. Semua dalam satu halaman. Apa yang perlu lakukan adalah :

Pergi ke >
MyEG Services Berhad

Untuk Pengguna Berdaftar MyEG, boleh terus login dengan username dan password.

Untuk Pengguna yang pertama kali, perlu daftar dahulu butir-butir diri sebelum dibenarkan untuk mula menyemak saman.


Tekan butang Daftar Sekarang (
Register Now)

Borang akan keluar dan anda perlu isi segala butir-butir seperti yang di minta…Kemudian hantar


Setelah selesai boleh lah Log in menggunakan username dan password anda itu. Anda boleh pilih untuk Menyemak Saman yang mana satu samada semak saman JPJ atau semak saman trafik polis (PDRM)


Masukkan no plat kereta anda kemudian hantar. Serta merta saman akan keluar jika anda melakukan kesalahan. Anda boleh bayar menggunakan kad kredit dan jangan lupa print resitnya sekali sebagai bukti & simpan
.


Doodle Segment by Munirah MN

April 23, 2013 3 Comments
Doodle Segment by Munirah MN

 
Istimewa segmen ni !

> semua yang sertai akan dapat doodle <
> ada doodle untuk lelaki juga <
> terbuka kepada non-bloggers <
> Tarikh tutup : 5 MEI 2013, 12.00 A.M <

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • WAJIB follow blog ni.
  • SUNAT like fanpage.
  • Buat entry bertajuk 'DOODLE SEGMENT by MUNIRAH MN'
  • Copy banner tak berapa comel tu, paste dan link ke ENTRY INI.
  • Lengkapkan butiran tentang doodle yang anda nak.
  • SUNAT tag kawan-kawan. tapi biarlah meriah  :)
  • Tinggalkan LINK ENTRY dalam komen di entry ini.

BUTIRAN DOODLE
MESTI TULIS : Cik Ct

DOODLE
  • Warna tudung : Pink
  • Warna baju : Putih
  • Warna tali pinggang: Pink
  • Warna skirt : Hitam
  • Warna kasut : Hitam
  • Warna handbag : Hitam


Senarai Calon PRU 13 di Kelantan

April 22, 2013 Add Comment
Senarai Calon PRU 13 di Kelantan

Berikut adalah senarai penuh calon yang layak bertanding dalam PRU 13 Negeri Kelantan Darul Naim :-


PARLIMEN

P. 019 – TUMPAT
KAMARUDIN BIN JAFFAR-PAS
MANSOR BIN SALLEH-BN

P. 020 – PENGKALAN CHEPA
DALI BIN HUSIN-BN
IZANI BIN HUSIN -PAS

P. 021 – KOTA BHARU
MOHAMAD FATMI BIN CHE SALLEH-BN
MOHD ZAKIMAN BIN ABU BAKAR-BEBAS
TAKIYUDDIN BIN HASSAN-PAS

P. 022 – PASIR MAS
IBRAHIM BIN ALI-BEBAS
NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ-PAS

P. 023 – RANTAU PANJANG
GHAZALI BIN ISMAIL-BN
SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF-PAS

P. 024 – KUBANG KERIAN
AHMAD BAIHAKI BIN ATIQULLAH-PAS
ANUAR BIN SAFIAN-BN

P. 025 – BACHOK
AHMAD MARZUK BIN SHAARY-PAS
AWANG ADEK BIN HUSSIN-BN

P. 026 – KETEREH
AB AZIZ BIN AB KADIR-PKR
ANNUAR BIN MUSA-BN

P. 027 – TANAH MERAH
AHMAD FIZAL BIN CHE HARUN-BEBAS
IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ-BN
NIK MAHMOOD BIN NIK HASSAN-PKR

P. 028 – PASIR PUTEH
NIK MAZIAN BIN NIK MOHAMAD-PAS
TUAN MUSTAFFA BIN TUAN MAT-BN

P. 029 – MACHANG
AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB-BN
WAN ZAWAWI BIN WAN ISMAIL-PKR

P. 030 – JELI
MOHD APANDI BIN MOHAMAD-PAS
MUSTAPA BIN MOHAMED-BN

P. 031 – KUALA KRAI
MOHD HATTA BIN MD RAMLI-PAS
TUAN AZIZ BIN TUAN HAMAT @ TUAN MAT-BN

P. 032 – GUA MUSANG
TENGKU RAZALEIGH BIN TENGKU MOHD HAMZAH-BN
WAN ABD RAHIM BIN WAN ABDULLAH-PAS

DUN
P. 019 – TUMPAT

N. 01 – PENGKALAN KUBOR
IZAT BUKHARY BIN ISMAIL BUKHARY-BEBAS
NOOR ZAHIDI BIN OMAR-BN
SAHARUN BIN IBRAHIM-PKR

N. 02 – KELABORAN
MOHAMAD ZAKI BIN IBRAHIM-PAS
WAN HANAPI BIN WAN YAACOB-BN

N. 03 – PASIR PEKAN
AHMAD BIN YAKOB-PAS
NIK NORIZA BINTI NIK SALLEH-BN

N. 04 – WAKAF BHARU
CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI-PAS
MOHD ROSDI BIN AB. AZIZ-BN
P. 020 – PENGKALAN CHEPA

N. 05 – KIJANG
WAN UBAIDAH BINTI OMAR-PAS
ZALUZI BIN SULAIMAN-BN

N. 06 – CHEMPAKA
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT-PAS
WAN RAZMAN BIN W. ABD RAZAK-BN

N. 07 – PANCHOR
CHE ROSLI BIN HASSAN-BN
MOHD AMAR BIN ABDULLAH-PAS

P. 021 – KOTA BHARU

N. 08 – TANJONG MAS
KANIDY BIN OMAR-BN
ROHANI BINTI IBRAHIM-PAS

N. 09 – KOTA LAMA
MOHD ZAKIMAN BIN ABU BAKAR-BEBAS
TAN KEN TEN-BN
TAN TENG LOON @ ANUAR TAN B. ABDULLAH-PAS

N. 10 – BUNUT PAYONG
MOHD. FAKHRURAZI BIN ABDUL RAHIM-BN
RAMLI BIN MAMAT -PAS


P. 022 – PASIR MAS

N. 11 – TENDONG
HANAFI BIN MAMAT-BN
ROZI BIN MUHAMAD-PAS

N. 12 – PENGKALAN PASIR
HANIFA BIN AHMAD-PAS
TUAN ANUWA BIN TUAN MAT-BN

N. 13 – CHETOK
ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN-PAS
AIMI BIN JUSOH-BN

P. 023 – RANTAU PANJANG

N. 14 – MERANTI
MOHD AFANDI BIN YUSOFF-BN
MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD-PAS

N. 15 – GUAL PERIOK
MOHAMAD BIN AWANG-PAS
SHAARI BIN MAT HUSSAIN-BN

N. 16 – BUKIT TUKU
ABDUL RASUL BIN MOHAMED-PAS
MOHD ZAIN BIN ISMAIL-BN


P. 024 – KUBANG KERIAN

N. 17 – SALOR
HUSAM BIN MUSA-PAS
MOHD NOORDIN BIN AWANG-BN

N. 18 – PASIR TUMBOH
ABD RAHMAN BIN YUNUS-PAS
MOHD SYAMSUL BIN MOHD YUSOFF-BN

N. 19 – DEMIT
MUMTAZ BINTI MD NAWI-PAS
WAN MOHD NAZI BIN WAN HAMAT-BN

P. 025 – BACHOK

N. 20 – TAWANG
HASSAN BIN MOHAMOOD-PAS
MOHD ZAIN BIN YASIM-BN

N. 21 – PERUPOK
MOHD HUZAIMY BIN CHE HUSIN-PAS
MUHAMMAD ZAIDI BIN SIDEK-BN

N. 22 – JELAWAT
ABDUL AZZIZ BIN KADIR-PAS
ILIAS BIN HUSAIN-BN

P. 026 – KETEREH

N. 23 – MELOR
MD. YUSNAN BIN YUSOF-PAS
MOHAMED OTHMAN BIN OMAR-BN

N. 24 – KADOK
AZAMI BIN HJ. MOHD NOR-PAS
MOHAMAD BASRI BIN AWANG-BN

N. 25 – KOK LANAS
MD. ALWI BIN CHE AHMAD-BN
NIK MAHADI BIN MAHMOOD-PAS


P. 027 – TANAH MERAH

N. 26 – BUKIT PANAU
ABDUL FATTAH BIN HAJI MAHMOOD-PAS
BAHARUDIN BIN YUSOF-BN

N. 27 – GUAL IPOH
BAKRI @ MOHD BAKRI BIN MUSTAPHA-BN
WAN YUSOFF BIN W MUSTAFA-PAS

N. 28 – KEMAHANG
DYG SANIAH BINTI AWG HAMID-BN
MD ANIZAM BIN AB RAHMAN-PAS


P. 028 – PASIR PUTEH

N. 29 – SELISING
IBRAHIM BIN ISMAIL-BEBAS
SAIPUL BAHRIM BIN MOHAMAD-PAS
ZULKIFLE BIN ALI-BN

N. 30 – LIMBONGAN
MOHD NAZLAN BIN MOHAMED HASBULLAH-PAS
MOHD RUJHAN BIN SALLEH-BN

N. 31 – SEMERAK
W HASSAN BIN W IBRAHIM-PAS
ZAWAWI BIN OTHMAN-BN

N. 32 – GAAL
REDZUAN BIN STAPHA-BN
TUAN MAZLAN BIN TUAN MAT-PAS


P. 029 – MACHANG

N. 33 – PULAI CHONDONG
HALIM @ AB HALIM BIN ISMAIL-BN
ZULKIFLI BIN MAMAT-PAS

N. 34 – TEMANGAN
AZEMI BIN MAT ZIN-BN
MOHAMED FADZLI BIN HASSAN-PAS

N. 35 – KEMUNING
ERIANDI BIN ISMAIL-BN
MOHD ROSELI BIN ISMAIL-PAS

P. 030 – JELI

N. 36 – BUKIT BUNGA
MOHD ADHAN BIN KECHIK-BN
SUFELY BIN ABD RAZAK-PAS

N. 37 – AIR LANAS
ABDULLAH BIN YA’KUB-PAS
MUSTAPA BIN MOHAMED-BN

N. 38 – KUALA BALAH
ABDUL AZIZ BIN DERASHID-BN
RAMLAN BIN MAT-PKR


P. 031 – KUALA KRAI

N. 39 – MENGKEBANG
ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN-PAS
AZIZZUDDIN BIN HUSSEIN-BN

N. 40 – GUCHIL
HAJI NIK SAPEIA BIN NIK YUSOF-BN
MD NASIR BIN AHMAD-BEBAS
MOHD ROSLAN BIN PUTEH-PKR
MUHAMAD BUSTAMAN BIN YAACOB-BEBAS

N. 41 – MANEK URAI
CHE JALAL BIN MUDA-BN
MOHD FAUZI BIN ABDULLAH-PAS

N. 42 – DABONG
KU MOHD ZAKI BIN KU HUSSIN-PAS
RAMZI BIN AB RAHMAN-BN


P. 032 – GUA MUSANG

N. 43 – NENGGIRI
ABDUL AZIZ BIN MOHAMED-BEBAS
MAT YUSOFF BIN ABDUL GHANI-BN
MOHAMMAD AZIHAN BIN CHE SEMAN-PKR

N. 44 – PALOH
AMRAN BIN AB GHANI-PKR
NOZULA BIN MAT DIAH-BN

N. 45 – GALAS
AB AZIZ BIN YUSOFF-BN
ABDULLAH BIN HUSSEIN-PAS

My Ping in TotalPing.com