Al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah dan semoga semua ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Dan, sama-samalah kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh, amin
Zaidi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zaidi
Buluh Perindu telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung
semalam merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Kelantan.
Menurut Datuk Seri Mustafa Mohamed yang menyifatkan allahyarham bersama rakan-rakannya yang
telah banyak berjasa dalam memartabatkan seni dikir barat sehingga dikenali di
merata tempat berkata, "Kita kehilangan seorang budayawan tersohor yang banyak menyumbang
kepada negeri kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi
keluarga allahyarham di Kampung Bunut Sarang Burung di sini hari ini.
Allahyarham jatuh pengsan pada pukul
10.35 pagi semalam ketika
membuat persembahan dikir barat menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Tumpat. Kemudian beliau
dikejarkan ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11
pagi Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan
tujuh orang anak berusia antara 11 dan 28 tahun.
Allahyarham pernah merakamkan lebih 100 album dikir barat sepanjang
berkecimpung dalam industri dikir barat tempatan selama 20 tahun.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.