Picture dari fb |
Minggu ini, genap seminggu terpaksa datang office awal dari kebiasaan. Member yang selalu saing datang office bercuti seminggu bersama keluarganya ke Langkawi. Inshaa Allah minggu depan dah boleh masuk kerja cam biasa balik. Terasa penat juga tetiba bangun tidur terus berkejar nak mandi dan bersiap bagai (lenguh badan dan sendi sebenarnya hehehe). Maybe camtu kot yang dirasakan family yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kot. Camner la mak ayah tak pun lebih dari tu. Itu pun tak termasuk yang ada baby kecil tu lagi. Hurmmm
Apa pun, alhamdulillah. Esok dah boleh rehat. Nasib baik program Hari Wanita kat Putrajaya tunda ke minggu depan. Dapat la rehat puas-puas hahaha cam la sebelum ini tak puas rehatnya hik..hik.Apa pun Selamat Hari Wanita untuk semua yang bergelar wanita. Tak kira tua atau muda dan kecil atau besar. Dah kawin ataupun bujang..Yang penting anda W.A.N.I.T.A.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.