Bunga Tisu

Mac 31, 2013 2 Comments
Bunga Tisu
Percubaan pertamaku menjadi juga rupanya. Cantik! Tak sangka ianya tak sesukar mane. Dah siap camni pun dah cantik Kalau kertas ianya itu berwarna lembut mesti lagi-lagi cantik kan. Nak-nak warna purple, kuning ataupun pink hehehe. Bunga ini baru lagi belajar kat office. Dalam sibuk buat 5S hari tu sempat curi masa menyelit selit masa tuk belajar bunga tisu ni sekejap.


Memang sekejap sangat la. Bunga ni testing je guna tisu. Sebenarnya nak guna kertas tebal sikit lak selepas ni. Apa tah ke namanya kertas crepe or lace tah la kalau tak silap hehe. Dah try cuba dah gan kertas tu. Lagi senang dan mudah nak buat..tak da la lambat sangat. Nampak kelopaknya pun real tapi ianya tak ada lah se'real' guna tisu. Tisu lebih lembut dan  kalau dah siap lagi cantik tapi ianya terlalu lembut dan kena berhati-hati masa nak tarik tuk hasilkan kelopaknya tu.


Ulang Tahun My Sis..

Mac 30, 2013 Add Comment
Ulang Tahun My Sis..

  Happy B'day My Sist !! Semoga panjang umur, dimurahkan rezki, diberi kesihatan yang baik, ceria-ceria selalu, diberkati langkahnya, bahgia di samping insan tersayang dan sentiasa dilindungi oleh-Nya. Dan juga  semoga tahun ini dikurniakan cahaya mata penawar di hati, penyejuk di mata. Aamin..

Hari ini dah bertambah 1 angka lagi kat belakang tu hehehe. Tiada apa yang diharapkan seorang adik tuk seorang kakaknya kecuali tuk sentiasa melihat akaknya sentiasa bahgia.Bahgia dalam erti kata yang sebenarnya. Senyum gembira tanpa ada sekumit perasaan sedih apatah lagi terkilan insya Allah tapi boleh ke?? Boleh kot kan hahaha

Mestilah boleh kan. Apa yang tak boleh bagi kak Ain. Yang tak boleh pun akan jadi boleh. Apa pun semoga rumah tangga yang  dibina akan rukun sentiasa. Akan lebih mematangkan fikiran sejajar gan perjalanan hidup, insya Allah.



Melihat dapat pahala

Mac 27, 2013 Add Comment
Melihat dapat pahala
nak tau tak da 3 perkara yang memang mudah dan senang sangat-sangat untuk kita semua dapat ganjaran. nak dapatkan ganjaran tu pun bukannya susah sangat pun. tak seteruk dan sepenat kita berusaha tuk mendapatkan seringgit dua. Hanya gunakan pancaindera mata je untuk melihat..terus dapat ganjaran. Tak nak ke??

tapi ganjaran tu memang tak dapat  nak lihat gan pandangan mata kasar la sebabnya rasanya tiada siapa yang tau camner bentuk atau jisim sebuah pahala yang di berikan Allah Taala kepada kita selama mana kita mampu melaksanakan perintahnya di atas muka bumi-Nya ini.

Oklah berbalik kepada perkara tajuk hehehe kan melaluk tak tentu pasal lak. 


3 Perkara itu adalah :-

i. melihat wajah ibubapa kita 
beruntung sangat mereka yang masih memiliki kedua-dua insan ini tau

ii. melihat kaabah 
tak kira samada kaabah yang sebenar ataupun hanya sekeping gambar
 
iii. melihat ayat-ayat suci al-quran
alangkah baiknya kalau tolong baca dan hayatinya sekali kan..


 Sumber :
Gambar dari En. Google


iPanelonline

Mac 26, 2013 Add Comment
iPanelonline
hari ini genap sebulan 3 hari join iPanelOnline
dan earn sebanyak hehe rm15.44


ha serius tau tak tipu
   dengan duit tu nanti ingatkan nak beli sesuatu kat ebay
Sekarang belum dapat beli lagi hehehe belum cukup ongkosnya
 
nak tunjuk bukti duit masuk pun tak dapat lagi
kena buka akaun dulu.
rugi gak  kalau redeem sikit sikit 
banyak fee orang kata tapi kekadang hahaha buat juga
so jom la join ipanel online
login jawap survey dapat point kemudian tukar gan duit 
senang kan "/

Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Mac 25, 2013 Add Comment
Bicara Bersama Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Hari Selasa yang lepas bersamaan dengan 20 Mac 2013 bertempat di Dewan Seroja, MinDef. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali datang MinDef.. Akhirnya dapat gak bersua muka berjumpa beliau berdua depan-depan.Ramai betul orang datang hari tu.. tapi rasanya yang datang tu  rata-rata tak kurang gak nak jumpa Tun cam aku kot hehehe


Sebelum ini tengok beliau kat tv je. Suara beliau masih lagi sama cam dulu juga, masih kuat Lantang bersuara dan mempunyai aura tersendiri. Berkarisma dan hurmmm mempunyai sifat kepimpinan yang memang sukar di miliki pada orang lain. Pendek kata Tun memang seorang pemimpin yang sukar di cari ganti. 

Tapi huhuh.. sedihnya hari tu tak berpeluang tuk bersalaman dan bergambar bersama beliau. Ramai betul warga MinDef ni main serbu je semuanya. Tak dapat salam dapat tengok dari dekat pun dah cukup kan dari tak dapat langsung. Apa pun Tun suami isteri memang cukup sporting.

Jom tengok gambar yang sempat di ambil masa acara itu jom..




 



Nak ucapkan Selamat Hari Polis tuk semua warga Polis seluruh negara.

KPSL 2013

Mac 25, 2013 2 Comments
KPSL 2013
Alhamdulillah, dah siap 1 kerja apply exam KPSL. Last bulan 4 ni dah (dah tak lama tu). Tu pun baru terperasan dah nak masuk hujung-hujung sebabnya terpandang jadual exam tu masa selak kertas kat tray. Kalau tak hehehe memang tak ingat langsung la. Nak-nak kadang kala je on portal JPA ni hikhik.. Hurmmm kalau ikut jadual, bulan 6 nanti dapat la duduki exam tu huhuh oh buku !!

Jadual exam tu sebenarnya dah lama berada dalam simpanan. Sebelum ini ingat nak fikir dulu nak apply atau tak. Tapi sekarang, apply je. Lagipun tinggal 1 paper je lagi yang kena ambil. 2 paper lagi dah lepas. Alhamdulillah, kita suka kita suka..

Siapa tak suka kalau sekali ambil dah lulus. Walaupun tak semua paper tu lulus tapi sekurangnya lepas ini tak ada la kena ambil paper tu lagi hehe. Alhamdulillah, rezki. Ramai yang kata, siapa tau sekali ambil terus lulus hahaha walaupun kekadang dengarnya cam ejekkan tapi tu la kalau dah rezki. Tiada siapa boleh menidakkannya lagi.

Kalau ikut tahun lepas ramai dari geng kita gak yang apply tapi kali ini nampak gayanya kali ni sorang-sorang je kot ambil exam tu nanti. Sedih la pula. Ada sape-sape nak ambil exam KPSL juga tak? Klik sini tau tuk apply exam dan sini tuk jadual exam.

Slip Gaji Dah Keluar

Mac 22, 2013 Add Comment
Slip Gaji Dah Keluar
Ehhh..slip gaji tuk bulan ini Mac 2013 dah keluar. Tadi saje-saje je cuba buka portal e-PenyataGaji nak tahu dah ada ke belum dan terbukti sudah ianya dah ada. Gaji inshaa Allah hari Isnin masuk. Sebelum keluarkan gaji minggu depan nak juga tengok penyata hehehe sebelum ini main tekan je buat keluar duit.  Berapa kat dalam tu semua belakang kira hehe.. Tapi hari teringin lak nak tau kot-kot gaji bertambah hehehe gaji je nak tambah kerja huhu semua nak senang. 

Alhamdulillah..paling tak kita sudah di kira cukup masih lagi bertuah sebabnya kita sudah pun ada kerja berbanding mereka-mereka yang kat luar sana. Masih lagi mencari-cari hala tuju seterusnya. Syukur,sangat-sangat dengan segala apa yang di kurniakan-Nya selama ini. Semoga keberkatan, keredhaan dan keampunan sentiasa mengiringi langkah kita seharian, aamin..

Kalau sesiape nak tengok slip gaji gak jom klik sini. Dan selamat berbelanja hehe..







Selamat Hari Wanita

Mac 08, 2013 Add Comment
Selamat Hari Wanita
Picture dari fb
Alhamdulillah..akhirnya. Bersua lagi di hari jumaat minggu ke-2 di bulan Mac 2013. Terasa bergitu cepat pula masa berlalu. Kalau Hari Isnin yang lalu tak sabar menunggu hari ini. Dan, bila dah sampai masanya terasa cepat pula ianya berlalu.

Minggu ini, genap seminggu terpaksa datang office awal dari kebiasaan. Member yang selalu saing datang office bercuti seminggu bersama keluarganya ke Langkawi. Inshaa Allah minggu depan dah boleh masuk kerja cam biasa balik. Terasa penat juga tetiba bangun tidur terus berkejar nak mandi dan bersiap bagai (lenguh badan dan sendi sebenarnya hehehe). Maybe camtu kot yang dirasakan family yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kot. Camner la mak ayah  tak pun lebih dari tu. Itu pun tak termasuk yang ada baby kecil tu lagi. Hurmmm

Apa pun, alhamdulillah. Esok dah boleh rehat. Nasib baik program Hari Wanita kat Putrajaya tunda ke minggu depan. Dapat la rehat puas-puas hahaha cam la sebelum ini tak puas rehatnya hik..hik.Apa pun Selamat Hari Wanita untuk semua yang bergelar wanita. Tak kira tua atau muda dan kecil atau besar. Dah kawin ataupun bujang..Yang penting anda W.A.N.I.T.A.





Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah

Mac 01, 2013 Add Comment
Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah
Al-fatihah dan takziah kepada keluarga arwah dan semoga semua ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Dan, sama-samalah kita doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh, amin
Zaidi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Zaidi Buluh Perindu telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung semalam merupakan satu kehilangan besar buat rakyat Kelantan.

Menurut Datuk Seri Mustafa Mohamed yang menyifatkan allahyarham bersama rakan-rakannya yang telah banyak berjasa dalam memartabatkan seni dikir barat sehingga dikenali di merata tempat berkata, "Kita kehilangan seorang budayawan tersohor yang banyak menyumbang kepada negeri kita,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga allahyarham di Kampung Bunut Sarang Burung di sini hari ini.

Allahyarham jatuh pengsan pada pukul 10.35 pagi semalam ketika membuat persembahan dikir barat menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, Tumpat. Kemudian beliau  dikejarkan ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh orang anak berusia antara 11 dan 28 tahun.

Allahyarham pernah merakamkan lebih 100 album dikir barat sepanjang berkecimpung dalam industri dikir barat tempatan selama 20 tahun. 

Sumber - Kosmo online




My Ping in TotalPing.com