Ok, pergilah tapi hehe : nak gelak pun ada, geram pun ada. Pergi sana kitaorang naik 'teksi kuning'. Nak dijadikan certa cewah : sebaik tau tujuan kitaorang pergi sana. Abang teksi dari mula perjalanan sampailah kat sana, mak aii mulut. Memang tak sayang mulut kot hehe boleh tahan beb panas dan pedas berapi !! Siap naik tangan bagai tu.
Walaupun tak dinafikan hujah beliau itu ada benarnya. Tapi ayat yang dia gunakan itu KASAR sangat la bang. Terkejut kitaorang mendengarnya. Nak tegur 'kan kena halau dari teksi tu naknya pula, susah nak dapat teksi time tu'. Tahan jelah telinga ni walaupun dalam hati doa cepat-cepatlah sampai (jahatkan hehe).
Bagi aku la, lain orang lain pendapatnya. Walaupun fahaman politik negara kita lain-lain tapi kita still 1(orang Islam). Janganlah sampai kutuk, keji mengeji' fitnah ataupun gelarkan orang bagai kalau budak-budak mayb kot boleh terima. Orang kata akal tak panjang. Bukan apa, tak jenuh ke nak pergi minta maaf nanti? Tapi kalau korang rasa orang itu cam korang, senang melupakan, senang memaafkan, senang menerima dan tak simpan dalam hati alhamdulillah. Tapi korang rasa korang kenal dia ke? Rasanya kekadang diri sendiri pun sukar nak kenal..
Alhamdulillah, syukur! hidup dalam negara yang aman dan damai.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.