JANGAN tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki rezki susah nak masuk (pagi itu membuka pintu Berkat)
JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan.
Nanti rezeki
dikongsi syaitan.
JANGAN tambah perhiasan di badan
kerana Allah sudah jadikan kita makhluk
yang paling sempurna.
JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati
dalam perjalanan.
JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi
kepapaan.
JANGAN biarkan mata meliar di perjalanan..
Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.
JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila
masa.
JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibubapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak dan hilang kebahgiaan dalam persahabatan.
JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja yang kita lakuakan.
Takut nanti, kita akan
sombong apabila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.
JANGAN bakhil untuk bersedekah,
kerana sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan
rezeki.
JANGAN banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
JANGAN biasakan berbohong,
kerana ia ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan kerana
doa makhluk yang teraniaya cepat
di makbulkan ALLAH.
JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal.
JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. Dan sesungguhnya ALLAH itu lebih tahu.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.