Seronok juga rupanya ya pergi Pameran kraf. Sebelum ini asyik tak berpeluang langsung tuk join. Plan tuk pergi memang ada tapi selalu aje tak berkesempatan. Kalau bukan kerana member office yang ajak memang sampai sekarang pun tak berkesempatan kot.
Bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Tak ada la jauh sangat dari rumah area Keramat ni. Pergi pun just temankan dia tapi hahaha satu barang pun tak beli. Sebabnya abang yang dia suka tak masuk tender tahun ni.
Peniaga dan pelanggan pun tiada lah ramai sangat. Biasa-biasa je :) Mayb di sebabkan hari terakhir dan juga cuti sekolah kot. Seronok tengok barang-barang kat dalam tu. Ada maca-macam hasil tangan dari seluruh negara. Seluruh ke?? tah la tapi ada barang-barang yang dari Kelantan, Pahang, Terengganu, Sarawak, Melaka anataranya adalah kain batik, keronsang, perabut, bakul, tikar dll. Harga pun ok dari RM 10 dan keatas.
Jom tengok apa yang ada :
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.