Posting !!

November 26, 2012
Alhamdulillah, dapat juga berita gembira yang selama ini ditunggu-tunggu. Dapat posting beb, sape tak happy kan benda yang di idam-idam akhirnya dapat juga hushhh lega. Dah lama menunggu dan hari ini ianya menjawab seribu satu soalan dalam fikiran. terasa mau senyum je sepanjang hari ini tapi boleh ke? hehe..dan sekarang mayb boleh la menbilang hari :) dah tak lama ni. Dah tak sabar rasanya !! Tapi kena settle kerja mane-mane yang patut dulu la, kan? Hmmm..mayb itulah yang dirasakan oleh officemate aku dikala ini.

Tapi mayb juga tak, kan hehe. cemburunya rasa hati kecil ini. Tapi aku tumpang gembira juga sebab  permohonan dia untuk bertukar akhirnya berjaya walaupun permohonan aku belum sampai ke penghujungnya lagi :) Tak salah kan tumpang gembira dengan kejayaan orang lain dan semoga lepas ini orang lain pula akan tumpang gembira dengan kejayaan aku. Insyallah, betul tak??

Tapi sedihnya, lepas seorang-seorang dapat posting. Kalau ikut sebelum ini group aku mempunyai lebih kurang 8 orang kot. Kitaorang lebih dikenali dengan Geng Jalan Kaki. Yalah pergi dan balik kerja jalan kaki je tak cam korang semua naik kereta, naik motor tak kurang juga yang datang dan balik berjemput, kan hehe. First, hmm genap setahun kat sini-Kuala Lumpur  Aini dapat balik  Melaka  sebabnya dia sendiri pun tak sihat nak-nak dia 2 beradik je. Kemudian, diikuti dengan Huda balik Pahang itupun selepas selamat melahirkan seorang putera. Then Sue ke Seremban, liza ke Putrajaya, Ayu dan Ros ke Johor. So, sekarang aku tinggal berdua dengan Kak Ros..Sape tau mayb lepas ini peluang kitaorang pula kan. Tapi agak-agak sape dapat peluang itu dulu yae?? Tunggu je la.

Diantara ramai-ramai itu hanya Aini je yang posting bukan disebabkan mengikut suami. Yang lain semua mengikut suami. Dan itulah juga antara syarat utama permohonan posting itu cepat diproses tapi bukan bermakna itu semata-mata syaratnya kan. Betul tak?  Apapun semoga aku mampu bersabar untuk menunggu saat itu tiba, insyallah.

Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com