Info ini adalah dituju khas untuk golongan lelaki yang sedang sedang berusaha mencari pasangan. Kaum lelaki biasanya menginginkan seorang wanita yang solehah sebagai
isteri. Bagi mereka seorang isteri bukan sahaja sebagai pasangannya tetapi juga sebagai seorang kawan. Yang dapat mendengar, menasihat serta menberi dorongan kepada mereka. So, untuk mengelakkan seseorang lelaki itu tersalah memilih. Jom kenali jenis perempuan yang perlu diorang jauhi dahulu. Antaranya adalah :-
Al-Anaanah
Banyak
keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup.
Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha
dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia
saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi
berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri
pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.
Al-Manaanah
Suka
mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka
diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan
perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan
macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.
Al-Hunaanah
Ingin pada suami yang lain atau
berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya
dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.
Al-Hudaaqah
Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.
Al-Hulaaqah
Sibuk bersolek atau tidur atau
santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah,
wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.
As-Salaaqah
Banyak berbicara, bergosip. Siang
malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak
benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan
suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain .
Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang
menyakitkan.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.