Aku & jumaat

November 23, 2012

Selamat hari jumaat, hari ini bersamaan 9 Muharam 1433H cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah 9 hari berada di tahun baru ehh tapi hari ini belum masuk hari ke 9 lagi. 8 setengah hari betul hehe apa yang aku melalut tengah-tengah siang ni kan.

Alhamdulillah, setakat masa ini aku masih lagi berjaya untuk menahan diri dari menbatalkan puasa sunat hari ini tapi jak-jak tak tahu la kan. Biasalah dah lama tak berpuasa ni macam-macam godaan ada. Dengan perut yang tak henti-henti menyanyi pula tu. Sabar je la sape suruh tak bangun sahur kan.. :)

Officemate aku kat sebelah ni awal-awal lagi dah keluar. Tak sabar nak melihat orang baru. Aku pula malas nak join. Lagipun diorang bukannya setakat nak melihat orang baru je siap nak membeli belah kat Kenanga lagi tu. Tak nak ikut la..dah sah penat nanti. hehe cam tak biasa pula Mc Tie ni. Lagipun kecian la kat diorang pula nanti nak behenti lunch. Nak-nak time lunch hari ini lama tu (12.15 - 02.45). Kalau balik rumah dah siap masak dah.

Hmmm..bulan November sahaja kat office aku dapat 3 orang baru (baby). Tiga-tiga perempuan lak tu. jarak diantara diorang pun tak jauh kalau tak silap seminggu kot. Alhamdulillah, rezki pejabat hehe.. Pasni turn sape pula yae?? hmmm hehe tengok je la sape yang kena. Okay la cukup setakat ni dulu nanti da masa aku certa pasal baby 3 orang tu pula :)

Nota kaki :  agak-agak bila bila turn my sist
                   nak dapat orang baru yae ??






Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com