KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November
TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos
ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember
SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November
MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember
PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober
MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember
HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober
ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap korang yang mudah bergaul menjadikan korang antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri korang itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya korang sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.
KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.
MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. korang juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling korang untuk menjalinkan ikatan persahabatan denganmu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap korang yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi korang, itu semua tidak penting! Prinsip hidup korang, hidup mesti ceria! Selain itu korang juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.
HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri korang agak menggusarkan orang di sekeliling korang. Walau bagaimanapun korang tetap memiliki ramai teman. Emosi korang yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling korang sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan korang. Selain itu, korang juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang korang miliki, ternyata korang sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.
TIKUS
Diam-diam ubi berisi? Itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian korang. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri korang itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap korang yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling korang. Walaupun korang tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, diri korang tetap dikenali ramai.
SINGA
Korang memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling korang sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan korang. Korang juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri korang telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan korang, maka tidak hairanlah sekiranya korang memiliki teman baru saban hari.
PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri korang. Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap korang kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri korang sendiri. Walau bagaimanapun korang adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti talam dua muka.
MERPATI
Korang terlalu mudah untuk jatuh cinta. Korang juga tergolong dalamkategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya korang bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun korang lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian korang.
So, Apakah kelompok haiwan yang bersesuaian dengan korang yae ??
'Just fun ok`
follow u. welcome to my blog. keep in touch
BalasPadam