Haiwan & Zodiak

September 14, 2012 1 Comment
Haiwan & Zodiak
Tahukah korang bahawa tarikh lahir korang juga boleh disesuaikan dengan kelompok haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang dan monyet. Ingin mengenali diri korang dengan lebih dekat? Caranya mudah sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir korang serta lihat kesesuaian haiwan seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti korang akan mengenali diri korang dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlTIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember


http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlSINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG 
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober


http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlARNAB


Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap korang yang mudah bergaul menjadikan korang antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri korang itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya korang sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlKUCING

Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlMONYET


Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. korang juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling korang untuk menjalinkan ikatan persahabatan denganmu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap korang yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi korang, itu semua tidak penting! Prinsip hidup korang, hidup mesti ceria! Selain itu korang juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.html
Sikap misteri korang agak menggusarkan orang di sekeliling korang. Walau bagaimanapun korang tetap memiliki ramai teman. Emosi korang yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling korang sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan korang. Selain itu, korang juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang korang miliki, ternyata korang sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlTIKUS
 Diam-diam ubi berisi? Itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian korang. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri korang itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap korang yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling korang. Walaupun korang tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, diri korang tetap dikenali ramai.

SINGA
Korang memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling korang sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan  korang. Korang juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri korang telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan korang, maka tidak hairanlah sekiranya korang memiliki teman baru saban hari.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlPENYU

Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri korang. Namun,ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap korang kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri korang sendiri. Walau bagaimanapun korang adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti talam dua muka.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/haiwan-zodiak.htmlMERPATI
Korang terlalu mudah untuk jatuh cinta. Korang juga tergolong dalamkategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya korang bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun korang lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian korang.


 
So, Apakah kelompok haiwan yang bersesuaian dengan korang yae ??
'Just fun ok`



Molekul Air Zam Zam

September 14, 2012 Add Comment
Molekul Air Zam Zam

Penemuan ini sungguh menakjudkan dan wajid dikongsi bersama. Mesti nak tau kenapa kan..kan? Ianya adalah kerana dengan keizinan-Nya, air penawar ini boleh menyembuhkan penyakit. Sebelum tu jom baca petikan dibawah :

Pada 10 Oktober 2002, 10 tahun yang lalu pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau diantaranya air merupakan salah satu rahmat Allah taala kepada manusia. manusia tidak dapat hidup tanpanya dan juga manusia tidak dapat hidup tanpa rahmat Allah Taala.

Menurut cerita Ustaz yang berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai  air bertempat di Hotel Istana yang kebanyakan participant yang hadir adalah terdiri daripada orang-orang bukan Islam kecuali 2 orang iaitu seorang Pensyarah dari UM dan Ustaz.

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/molekul-air-zam-zam.html

Penceramahnya seorang Profesor dari Jepun yang pakar tentang air. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air. Beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada semua hadirin. Sampel-sampel air itu telah diambil dari pelbagai sumber air. Antaranya ada dari perigi, sungai, laut, perigi dan macam-macam lagi. Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, rupa tidak jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya), mengerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu  berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya sama. Sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun menunjukkan satu molekul air yang daripadanya terpancar rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik seolah-olah seperti belian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik sangat ! Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap dan kemuadian Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "berikan saya sebab kenapa kamu berkata air itu adalah air zam-zam". "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" jawab pensyarah itu. Profesor berkata " Saya tak tahu samada betul ataupun tidak air itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel dari air zam-zam". 

Kemudian beliau mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dewan itu, mereka membuat experimen sebagaimana yang dikatakan kata-kata mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit.

Bila tiba giliran Ustaz, molekul air yang telah dibaca dengan Surah Al-Fatihah dan Ayat Al-Kursi membentuk aupa seperti belian dan berkilau-kilau. Subhanallah. Lalu Ustaz diminta Profesor untuk membaca sebarang ayat/ kata-kata yang tidak baik, maka terbentuklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz. 

Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah "Jika hendak air itumerasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka hendaklah masukkan ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Sekian, Wassalam...

Pakaian Kita

September 14, 2012 Add Comment
Pakaian Kita

http://sna-aai.blogspot.com/2012/09/pakaian-kita.html#.UFKWiXqVMYA pernah tak kita semua terfikir
apakah Allah Taala redha dengan pakaian kita sehari-hari?
Kenapa kita berpakaian seumpama itu?

adakah semata-mata kerana untuk mendapat keredhaan Allah atau untuk mendapat pujian dari manusia semata-mata?

surah An-Nur ayat 31 telah dijelaskan bahawa

Dan katakanlah kepada perempuan-peremuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram, memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya serta hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa, bapa mertua, anak mereka, anak tiri mereka, saudara mereka, anak kepada saudara perempuan atau lelaki mereka, perempuan Islam, hamba, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah Taala, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu menjadi orang yang berjaya.


Sekian, Wassalam..


Khasiat Ubi Kayu

September 13, 2012 2 Comments
Khasiat Ubi Kayu
Selamat hari raya semua !! Pagi tadi bahagian tempat kita kerja adakan jamuan raya peringkat Bahagian. Hurm.. kalau di ikutkan menunya ok la, not bad. Dengar2 ada soto, nasi lemak sambal sotong, ubi rebus, roti bakar. Alhamdulillah, syukur. Sekali imbas cam sarapan pagi je tapi yang penting dapat juga kita sama-sama merasai nikmat makanan tu kan. Korang semua pun mesti dah lama tak makan ubi rebus kan?? hehe..mane nak cari ubi tengah2 kota sekarang ni kalau kampung2 mayb tak kisah kot.

Nyum..nyum.. sedapnya !!

Kalau korang nak tau, ubi rebus bukan sahaja menyumbang angin ke dalam badan kita tetapi ianya sebenarnya merupakan salah satu sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia. Ianya menjadi hidangan kepada lebih 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan. Juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C yang berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis (kalau dari serat diet)

Nampak je camtu kan tapi kalau  ianya lebih enak dimakan bersama ikan masin. Wowww..nikmatnya nak2 kalau cuaca hujan bersama kopi O nyum..nyum.. Enak sekali bah! Terus ingat kampung hehe...



Perhimpunan Merdeka : Janji Di Tepati

September 11, 2012 Add Comment
Perhimpunan Merdeka : Janji Di Tepati
Hai, semua.. lamanya tak conteng monteng kat wall ni. Kalau barang dah berhabuk dah hehe..sib baik la ianya tak terkulai. Hurmmmm.. tapi hari ni kita nak certa pasal Perhimpunan Merdeka : Janji di Tepati tu.

Kalau korang nak tau, tu la first time kita join program camtu. Sebelum ni masuk stadium tuk tengok games je hihihhi jangal lak rasanya tu. first masuk hari tu ok la time tu tak ramai sangat orangnya kan tapi mak kooo lepas tu adoiiii tak sanggup nak redah orang ramai semata-mata nak masuk balik. Ramainya !! tapi tempat duduk sebelah-sebelah sana nun tak ada pula penuh cam sebelah kitaorang ni. Tapi keadaannya tetap sama la kan cam tengok games gak Cuma games tu biasa habis lam pukul 10 or 11 je kan.
Geng Merah !!

Tapi yang kita tak fahamnya, tertiba je WAAA.. tak sampai 5minit WAAA lagi dan lagi hahaha. Bila di tanya  rupanya diorang sama-sama lawan sorak hahaha lawak la. Tapi tengok sorang2 excited betul,  tak beranjak langsung mayb sebab tak ada ruang kot kan..kan..hahaha. seronok juga tengok gelagak sorang2. Tapi penat sikit la. Yalah 2 pagi baru sampai rumah. 

Isi kad tuk cabutan bertuah
 

Semangatnya kak..
Sib baik esoknya tu cuti hehe.. tapi rasanya kalau program tu di selitkan solat Maghrid berjemaah lagi ok kot. Tak la berkejar2 sangat. Paling tak semua berkesempatan tuk solat, betul tak?? 

 

My Ping in TotalPing.com