Pagi - 30 Ogos 2012

Ogos 30, 2012

Tak sangka akhirnya dia pergi jua. 
Sesungguhnya setiap yang hidup akan mati. 
Bila, dimana dan kenapa hanya Dia sahaja yang mengetahui segalanya. Dan kita sebagai hambanya harus redha dan sabar.. Sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu bila mendapat panggilan telefon pagi tadi. 

Abang dah kembali ke rahmatullah..
 Tak sempat nak jumpa !!!  Tak terkata sedih rasa hati..

Andainya kita tahu apa yang akan berlaku 
dan andainya kita dapat memutarkan waktu walau hanya sejenap. 
Ingin sahaja diri ini pergi ke sana berjumpa arwah tuk kali terakhir hayatnya. 
Tapi itu semua tidak akan kembali, menyesal pun tiada guna. Semua telah berlaku. 

Yang pergi tetap akan pergi dan kita yang hidup tetap kena teruskan. 
Kepada keluarga arwah, takziah dan semoga tabah dan sabar mengharungi dugaan ini.

Ya Allah ya tuhanku, 
ampunilah hambaMu itu dan semoga 
roh arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman,
amin.



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. takziah. yang pergi tetap akan pergi. kita yang masih hidup doakan kesejahteraan arwah..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com