Selamat Berpuasa

Hai, selamat menyambut bulan Ramadhan. Tinggal 1-2 hari je lagi insyallah, kalau tak ada aral melintang kita semua akan sama-sama menyambut puasa bermula Sabtu (21 Julai 2012) nanti. Tapi tu kena tunggu pengisytiharan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam nanti la samada betul or tak Sabtu puasa hehe... pastu jangan lupa pergi solat terawih.

Saat camni terkenang lak masa susah dan peritnya seorang ibu membesarkan 5 orang anaknya dulu. Tapi seperit dan sesusah manapun masa dulu masih ada lagi orang yang lebih bernasib malang. Cuba bayangkan nasib anak yatim yang kehilangan ibu/bapa tersayang. Yang kehilangan kasih sayang dan tempat bergantung tu. Nasib ibu tunggal yang terpaksa memerah keringat membesarkan anak-anak tapi yang lebih menyedihkan adalah nasib sang ibu/bapa yang di tinggalkan sang anak serta tidak di perduli.

Sedih betul... Apa pun sama-samalah kita ambil iktibar dan semoga kita dapat laksanakan ibadat puasa kali ini dengan lebih baik, insyallah. Selamat berpuasa semua !!
Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »

Catat Ulasan

0 Ulasan