Alhamdulillah, berakhir juga minggu yang dinanti-nanti hehe.. pusing kepala gan soalan exam KPSL belum hilang terus sambung gan program Majlis Turun Ke Desa yang dibuat oleh pegawai pat aku, Puan Nadia binti Kamarul Ariffin. Hurmmm..sebenarnya ni adalah pertama kali aku join program seumpama ini sebagai urusetia penganjur la. Sebelum ini asyik jadi peserta je hehe.(leh tahan gakz penatnya yae..tapi seronok!!)
Program tersebut telah diadakan pada Sabtu lepas (07 Julai 2012), bertempat di Kg. Orang Asli (KOA) Batu 5 Serigala, Kuala Kubu Bharu, Ulu Bernam, Selangor. Jarak diantara dari sini ke perkampungan tersebut tidaklah jauh sangat hanya memakan masa lebih kurang 2 jam lebih kot (hurmmm..leh lelap gakz la..)
Program ini telah mendapat kerjasama daripada beberapa pihak seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Akademi Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Perpustakaan Desa Kg. Serigala, Klinik Kesihatan Selisik dan juga Tok Batin Kg. Orang Asli (KOA) Batu 5 Serigala.
Share this :
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.