Cantik...

Julai 26, 2012
aaii..pernah tak korang semua di puji oleh kekawan or sesape je? Pujian camner?? Alah diorang gtaw korang cantik ke sweet ke.. eeeleh tak nak ngaku lak tu hik..hik..

Tapi jangan terkejut lak kalau tertiba ada orang melahirkan rasa hatinya pada korang sedangkan korang tak rasa apa2 istimewanya korang! Ukuran seseorang tentang kecantikkan & ketampanan memang tak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain wajah or rupa semacam tu tak patut dimabukkan pun (kejamnya kan huhu..) tu lah misterinya suara hati yang memang sukar tuk dibaca.

So, xheranlah jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia. sedangkan ramai lagi wanita yang korang rasa lebih cantik daripada ratu tu. mungkin juga ada wanita kat kampung korang yang korang rasa lebih cantik daripada para model yang popular tu.

Cantik kan si Yat ni ?? Sweet je..

Ada orang menganggap hidung mancung sebagai cantik, ada yang sebaliknya. Ada yang menganggp rambut panjang mengurai tu sebagai cantik tapi tak kurang gak yang menganggap bertudung tu jauh lebih cantik... Ada orang menganggap wajah yang putih melepak tu sebagai cantik tetapi tak kurang orang yang suka yang hitam manis. Ada juga yang menntafsirkan cantik tu dari segi mata yang bundar tetapi ada orang merasakan mata yang sepet seperti di Jepun or Cina itu lebih menawan, tertawan dan tak kurang juga yang menganggap bibir yang nipis itu cantik tapi ada juga yang mengatakan bibir yang tebal lebih menawan.

Contohnya, di suatu kawasan terperincil di Thailand mentafsirkan kecantikkan itu dari segi leher yang jinjing xkurang juga di sebuah penempatan di Afrika mentafsirkan kecantikkan dari segi mulut yang lebar. Begitu luas dan misterinya makna cantik dan tampan sebenarnya kan? so, janganlah terlalu susah hati jika korang merasakan korang tak begitu menarik. Korang tetap cantik pada pandagan mata orana yang mentafsirkan cantik tu bukan dari segi paras rupa tetapi mungkin pada gaya berjalan tak pun pada cara nada bercakap, pendirian or sikap korang.

Kalau ikutkan mane ade satu pun ciptaan Allah yang tak cantik or buruk kan? Dalam Islam sendiri pun kecantikkan bukan terletak pada rupa parasnya tetapi sebenarnya pada apa yang ade dlm hatinya. Kalau baik hatinya maka baiklah badannya tapi kalau sebaliknya huhu...so, sama2 la kiter renungi dan bersyukurlah dengan apa yang kiter ader sekarang...

Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. semua ciptaan tuhan cantik.. lagi cantik kalo hati kite pon baik,hehe..

    BalasPadam
  2. insyallah, semoga kiter semua dapat menjaga kecantikkan tersebut dengan sebaiknya, amin..

    BalasPadam
  3. he3..cantik 2 bnda yg sbjektif =) lain2 dimata org..yg pnting kenalh seimbang dua2..dlam dn luar

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com