Alhamdulillah, Jumaat minggu lepas kite pergi dengar ceramah Isyrak Mijrak tau. Terpaksa duk kat belakang sebabnya penuh satu Auditorium MinDef. Nak tau tak siapa yang bagi ceramah tu?
Ustazah Dato’ Siti Nor Bakyah dan Ustaz Wan Akashah |
Seronok sangat..Sebelum
ini asyik tengok kat tv je..tapi pagi tu dapat tengok live. Cam lam program
Semanis Kurma gak la. Tapi lagi seronok kot sebab dapat jumpa hehe.. Ustazah
dah kurus la and yang pasti ustaz n ustazah xsemput!! Hik..hik..
Khusyuknya semua !!! |
Penuh audi... |
Gambar Eksklusif Ustaz dan Ustazah |
Kat bawah ni
antara point2 penting yang kite sempat catat hari tu. Kalau nak di ikutkan memang banyak. Tapi yang
ni xkurang pentingnya (selain S.O.L.A.T - Janji kita dengan Allah) kerana ia
merupakan penyebab racun hati.
4 Racun hati itu adalah :-
- Berlebih-lebihan dalam berbicara –banyak sangat
bercakap. cakap yang baik/berfaedah xpa la juga kan tapi ni x, gosip sana gosip
sini. Bila dah bergosip tu macam-macam timbul. Last sekali fitnah sana sini. Tuk
atasinya, ustazah cadangkan supaya banyakkan berzikir dan membaca al-quran.
Mengikut kajian Pakar Motivasi : koata percakapan wanita adalah lebih banyak daripada lelaki iaitu 25,ooo patah perkataan sehari semalam berbanding lelaki 1o,ooo patah perkataan sehari semalam. (so, xheran lah perempuan kuat membebel kan?? Hehe..)
- Berlebih-lebihan dalam melihat sesuatu - kawal pandangan mata. Jangan banyak sangat tengok keburukkan orang lain. Lihat dan perbaiki kelemahan diri kita. Bila kita kawal mata kita..secara automatik kita dapat mengawal iman kita (insyallah), kita dapat menjaga maruah dan kehormatan diri kita. Sebabnya orang kata dari mata turun ke hati..bila mata bertentang mata tu.. macam-macam hati berbisik kan.. hanya engkau yang aku cinta la. Kalau pasangan tu dah sah tuk kita xpa la juga tapi ni x...
- Berlebih-lebihan dalam pemakanan – Menurut kajian ramai penduduk Malaysia yang mati disebabkan terlebih makan (bukannya tak cukup makan tu..) kalau dah makan macam-macam. Macam-macam penyakit pun ada la.. Lagi satu bila dah makan banyak, badan dah letih dan mata kita mengantuk. Pa lagi ZZZzzz la kan??.. ini yang menyebabkan kita xdapat wat kebaikan. Sebab itu juga, kita di galakkan berpuasa. Contohnya kita berpuasa di bulan Ramadhan, keluarkan zakat dengan sendirinya kita dah menolong orang lain.
- Berlebih-lebihan dalam Pergaulan- jaga dan kawal batas pergaulan terutama lelaki dan perempuan. Jangan terlalu bebas dan juga jangan mudah tertipu terutamanya anak-anak gadis sekarang yang mudah terikut dan mengikut. Kalau yang elok ok jugak kan tapi ni x.. Belum ada apa-apa dah lebih-lebih.
in-nahuu min
sulaymaana wa in-nahuu bismil-laahir-raHmaanir-raHiym al-laa ta'�luu 'Alay-ya wa'tuuniy muslimiyn
Ertinya :
"Sesunggunya ia (surat) daripada Sulaiaman, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hendaklah engkau jangan sombong tunduklah engkau datang kepada-ku.”- Surah Al-Naml ayat 30 & 31
Caranya :-
Anak-anak :
hembus dalam air minuman ataupun hembus pada ubun-ubun.
Pasangan (suami/isteri) : hembus dalam minuman atau hembus dekat tengkuk.
Pasangan (suami/isteri) : hembus dalam minuman atau hembus dekat tengkuk.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.