Hukum Menonton Wayang

Disember 05, 2011
Hurm..dah lama aku nak dapatkan jawapan bagi persoalan ini. Dulu aku pernah dengar kawan aku bagitaw menonton wayang nie HARAM tapi entahlah..mayb hujah yang die keutarakan tue lebih menjerumuskan kepada benda-benda yang tidak elok. Aku pun bukannya pandai sangat pun bab hukum-hukum nie. Tapi kalau orang kata tak boleh mesti nak sangat taw sebabnya. Kalau nak ikutkan tak boleh mesti pergi stadium tengok bola tue pun xboleh hehe.. sebelum aku melaluk lebih-lebih jom baca penjelasan yang aku dapat dari blog seorang ustaz ini..



Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.

Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.

So, terjawab sudah kepada persoalan yang berligar-ligar di fikiran.. :)

 
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke..

Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.

Wallahualam.

Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com