Ramadhan Muncul Lagi

Ogos 08, 2011 Add Comment
Ramadhan Muncul Lagi
HEHE..HEHE.. Rasanya masih tak terlambat lagi kot nak ucapkan SELAMAT BERPUASA!!. Tapi hari ni dah masuk hari ke-8 kite semua berpuasa. Syukur alhamdulillah  di izin-Nya bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia ini and dapat lagi kita berpuasa tahun ni. Macam tahun-lepas lepas juga, ciktie tak berpeluang lagi tuk sambut puasa gan family tapi bukan bermaksud tak berpeluang langsung tau. In shaa Allah, peluang tu akan ada juga nanti just lambat sikit je .. tak sabar rasa nak tunggu time tu. Kalau di ikutkan ciktie ni...nak je balik sambut puasa sebulan kat kampung (terang-terang tak dapat punya) bukan apa tak main la sehari dua je. Penat beb..pergi balik je dah 1 hari, belum wat apa-apa program lagi tu.. So, dah alang-alang nak balik tu biar berbaloi. Itu la juga nape ciktie lama tak balik tapi sekali balik hehe..cik tie la juara hik..hik.. (bagi kategori orang bujang je laaa).

Ramadhan Muncul Lagi

Tak berbuka sorang dah

Apa pun ciktie bersyukur sangat tahun nie. tak macam tahun lepas terpaksa berbuka sorang-sorang dekat umah sewa tu. Housemate ciktie dulu asyik nak berbuka dengan pakwenya je (maybe nak luangkan masa bersama kot kan). Lagi pun siapa la ciktie ni kan 😫😫 so, nak tak nak terpaksa la kan. Sedihnya bila ingat balik time tu tapi sekarang tak lagi semua sepakat untuk berbuka kat rumah. Cumanya hujung minggu aje la..sebabnya semua dah ada program sendiri dan mesti ada yang balik kampung..mentang-mentang la kampung diorang dekat
Balik raya


Menu berbuka | Masak atau tapau

Biasanya kalau dah petang-petang tu dalam area 4 or 5 petang camtu..tak lain and tak bukan lagi dah time tuk beli or masak juadah berbuka. ciktie ni setakat ni lebih suka beli je. Main tunjuk-tunjuk gitu hehe..bukan apa kalau nak masak tu macam tak berbaloi je dengan masa dan barang-barang semua tu. Tapi kalau dah teringin sangat-sangat tu masak juga la. 


Dah alang-alang on the way tu singgah je bazar senang certa kan. walaupun rasanya tak ada la ssedap sangat tapi ok la dari tak rasa apa-apa. Tapi kalau kena yang TERRTUMPAH GARAM tue..hehe kena buat paham-faham aje la. Maybe tertukar bahan or memang jenis pemasin orangnya kot. So, kena banyak sabar la jangan sampai terlepas kata-kata manis di bibir ni! itulah la orang suh masak tak nak..hambik ko!!. 

Jangan membazir

Masak-masak juga, beli-beli juga..jangan sampai tak termakan pula. Buat la ikut kemampuan. Macam ustaz dekat tv tu bagitau DALAM KITA MENCARI REDHA ALLAH JANGAN SAMPAI KITA MENDAPAT KEMURKAAN-NYA pula.


Jangan membazir


Cam biasa kalau ada masa terluang tu mesti rasa nak TIDUR ! Apa yang di buat malam-malam pun entah la..nak kata solat terawih sampai pukul 11 lebih tak adanya. Rasanya tidur pun macam biasa je tapi still nak tido lagi. Nasib baik la tilam dengan bantal tak di sediakan dekat office ni 😖😖 kalau kena hari minggu lagi la maybe tidur tak bangun-bangun kot sebab berpuasa. Tapi tu penangan puasa gaya budak-budak la.

Haaa ini satu lagi kegemara  kita kalau tak tidur hehe mesti nak BERSEMBANG @ gOSIP, BERFESBUK tak PUN tenGOK tV !! Yang tengok drama ni memang suka sangat-sangat la. Mau berjam-jam duk layan ia saje. Last sekali semua kerja tak jalan pastu mulalah kelam kabut.



My Ping in TotalPing.com