‘Ada orang datang ke pejabat dengan
perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada
datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya
dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang
dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.
Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat
keberkatan insyallah… .’
Renungi lah :-
- Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hasilnya hampeh, macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
- Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
- Adakala kita rasa kita PERIHATIN’, tapi rupanya kita BUSY BODY.
- Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
- Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
- Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
- Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak
semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna
membenci,
dan berbeza
pendapat adalah kawan berfikir yang baik’
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.