Sabtu, 18 Ogos 2018

Unboxing Althea Angel's Welcome Gift Box

Unboxing Althea Angel's Welcome Gift Box | Bila dah terpilih menjadi salah seorang daripada Althea Angel's ni sah-sahlah ciktie happy. Lebar je senyum ni tau. Ialah kalau sebelum ini tengok je blogger lain share tentang parcel pink yang comel lagi cute ni. Bila dah dapat tu, perasaan mengujakan sebaik saje terima parcel pink yang diterbangkan khas dari Korea ni sebenarnya tak dapat nak gambarkan ! I'm so excited ! Tak sabar nak buka. Nak tengok apakah isi kandungan Althea Angel's Welcome Gift Box

Althea Angel's Welcome Gift Box

Ok, sebelum ciktie tunjukkan apa yang terdapat dalam box pink ini, ciktie nak kongsikan dulu beberapa kelebihan ataupun keistimewaan yang bakal dinikmati oleh sesiapa yang terpilih sebagai Althea Angel's #janganjealoustau !! Antaranya adalah :-
  • Welcome Gift
  • Montly K-Beauty Giveaway
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credit
  • Exclusive Althea Review
  • Studio Access
  • Dan banyak lagi lah


Ini pula antara barangan yang terdapat dalam box pink yang comel tu.




Amacam banyak kan? Kalau korang nak tahu, Althea baru je menyambut ulang tahunnya dan sempena menyambut Ulang Tahun Ke-3 Althea telah melancarkan satu lagi produk baru keluarannya iaitu Real Fresh Skin Detoxer, hasil gabungan dan kerjasama dengan Get It Beauty iaitu suatu rancangan TV K-Beauty nombor 1 di Korea yang memperkenalkan produk Althea kepada semua peminat K-Beauty yang bakal bersiaran bulan September ini. Ia mempunyai 2 jenis iaitu :-
  • Real Fresh Skin Detoxer Rose; dan
  • Real Fresh Skin Detoxer Green Tea.


Real Fresh Skin Detoxer, kedua-duanya mengandungi bahan semulajadi dan bahan sebenar iaitu kelopak bunga ros dan daun teh hijau. Bertindak sebagai Pembersih muka 2 in 1 yang berkesan menanggalkan kotoran dalam masa 10 saat dan kedua-duanya ciktie dah cuba. Best tau !! Sesuai untuk semua jenis kulit. Bau ianya pun ciktie suka. Rilex je rasa ! Langsung tak membebankan fikiran. Selepas guna tu terasa kulit lebih licin, lembut, segar dan berseri. Berbeza sangat sebelum gunanya tu. 



Cara penggunaannya pun ringkas je iaitu :-
  • Picit dan sapukan sedikit pada tapak tangan. Ratakan dulu sebelum disapukan ke seluruh wajah
  • Biarkan seketika selama 10 saat
  • Kemudian basahkan tangan dan urut seluruh wajah mengikut pergerakan secara membulat sehingga keluar buih 
  • Akhir sekali bilas ianya sehingga bersih !
 

Dah siap ! Mudah je kan ☺️☺️ Korang boleh dapatkan Real Fresh Skin Detoxer ini di website www.althea.kr..  Sekarang ini ada promosi untuk 2 produk ni dengan harga RM77 je sempena ulang tahun ke-3 Alther berbanding harga asal RM43 setiap satunya. Jadi tunggu apa lagi sementara stok masih ada ni cepat-cepatlah rembat ! 



Sebelum itu ciktie nak bagitau dulu, Real Fresh Skin Detoxer Rose ini disarankan digunakan pada waktu pagi. Ia mengandungi ekstrak semulajadi daripada bunga ros bermusim yang berasal dari Grasse, Perancis Selatan. Ros ini hanya mekar sekali setahun je iaitu pada bulan Mei dan berfungsi secara mendalam menghidrat kulit. Formula ini juga membantu memperbaiki kulit, melembapkan dan mengimbangi ph kulit selain mampu menyingkirkan kotoran untuk memastikan kulit kekal lebih segar, lembut dan cerah berseri.




Manakala Real Fresh Skin Detoxer Green Tea pula disarankan digunakan pada sebelah malam untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulit sepanjang hari. Berasal dari pulau Jeju yang baik, menggunakan ekstrak dari daun teh hijau muda. Kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang bertindak membantu melindungi dan mencerahkan kulit. Dengan kepingan teh hijau yang sebenar dan serbuk teh hijau yang dibalut dengan halus, ia membantu untuk membersihkan dan menghidrat kulit, menyingkirkan kotoran yang tidak diingini yang menyumbatkan liang-liang pori pada kulit. 



Selain menerima welcome Gift box ni, Althea Angel's juga akan menerima mata ganjaran (reward point) sebanyak USD30 bersamaan Rm120. Point itu kita kena redeem dalam masa 30 hari. Kalau tak ia akan burn camtu. Rugilahhh banyak tu. Box comel hasil redeem point hari tu pun ciktie dah dapat dah. Memang cepat dan pantas sekali penghantarannya. Tapi yang tu next entri kita cerita ye. 

Sekarang ini ciktie nak bagitau korang pasal miniature box ni. Kalau korang perasaan, kat sini ada 3 miniature box yang kecil molek tapiii ia bukan sebarangan box tau. Itu sebenarnya miniature birthday book yang melayakkan korang untuk join contest "Fly Me To Korea Contest !"




Contest ini sedang berlangsung dari 02 Julai lagi hinggalah 31 Ogos 2018 ni. Sempena Ulang Tahun Ke-3 Althea, mana tahu rezeki korang, dapat tajaan sepenuhnya untuk terbang ke Korea ke kan. Siapa tahu.. nak join tu korang boleh klik dekat >www.althea.kr<

Dan bagi korang yang ingin dapatkan produk Real Fresh Skin Detoxer ataupun apa-apa produk keluaran Althea Korea boleh dapatkan segera sebelum terlambat. Apa yang menariknya tiada kos penghantaran dikenakan untuk pembelian rm50 keatas. Lagi satu harga ia pun mampu dimiliki. Tak percaya korang boleh usha sendiri dekat website ia ni.




6 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.