Khamis, 12 Julai 2018

Nostalgia Kad Raya Penganti Diri

Nostalgia Kad Raya Penganti Diri | Kemeriahan menyambut hari raya tidak akan lengkap tanpa kehadiran kad raya penganti diri ! Sebab tu bila masuk je bulan puasa kedatangan abang posmen itu seperti ditunggu-tunggu je. Nak tahu ada tak kad raya untuk kita. Bila ada tu rasa gembira sangat 😘😘 tak sabar nak tengok dari siapakah ianya itu.


Walaupun sekarang ini zaman teknologi ! Semua di hujung jari tapi macam tak seronok jugalah kalau kad raya ataupun ucapan raya tu diterima secara atas talian. Bukan apa kemeriahan ianya tu dah kurang terasa. Laju memanglah laju ucapan tu diterima tapi keseronokannya dah tiada ! Gaya tradisi menghantar dan menerima kad raya sebaiknya kita teruskan agar kemeriahan ianya terus ada dan sama-sama dirasai.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menghantar kad raya tanda ingatan ni. Yang masih lagi meneruskan trend tradisi. Untuk raya kali ni kita terima 5 pucuk kad raya !! Lebih dari sekeping tu.. Dari siapaa jeng..je jengg. Alhamdulillah, seronok sangat rasanya bila terima kad raya ni 😍😍  In Shaa Allah, kalau tiada halangan next years my turn ye..

Kad raya
dari
www.nurfuzie.com

Kad raya
dari
ctroxalynna.blogspot.com

Kad raya
dari
Syeedasaniey.blogspot.com

Syawal pun  hanya tinggal sehari dua je lagi sebelum ia meninggalkan kita. Seperti Ramadhan kita bakal menemuinya kembali 11 bulan yang akan datang. In Shaa Allah, semoga kita masih lagi berpeluang menemuinya lagi. Aamiin

Kad raya
dari
www.zukidin.com

Salam Aidilfitri
dari
www.naniena.com








4 ulasan

  1. dah lama rasanya tak dapat kad raya. kalau dulu berlambak dapat. huhu

    BalasPadam
  2. tahun ni berpeluang dpt satu kad raya jgak :)

    Aerill Hassan

    BalasPadam
  3. Rabia dapat kad raya dari 3 orang blogger.siap letak dalam frame lagi.takut hilang kad raya nnti.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.