Isnin, 16 Julai 2018

All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry



All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry | Sedap juga rasa Durian McFlurry ini. Pertama kali cuba terus menyangkut ! Dengan rasa manis dan isi buah duriannya yang sebenar. Mabeles sangat !! Memang betul-betul tak mengecewakan. Mula-mula tu risau juga nak cuba hehe takut anak tekak ni tak boleh nak terima. Muak ke camne rasanya tu



Tapi lepas cuba sesuap nak sesuap lagi..lagi dan lagi. Tak sedar pun bila ianya tu dah habis. Terasa tak cukup pula satu tu. Dengan cuaca panas seperti sekarang ini memang nikmat sangat bila dapat tu. Gabungan aiskrim vanilla dengan isi durian D24 ! Terasa cair di mulut. Patutlah ia mempunyai ramai peminat pun rasanya memang sedap.



Bagi pengemar durian McFlurry dan juga korang yang masih belum lagi mencuba tu boleh ambil kesempatan ini untuk mencubanya sendiri nanti. Kebetulan McDonald's akan mengadakan event All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry serentak di semua outletnya seluruh negara pada :-

Tarikh 
17 Julai 2018 (Selasa)

Masa  
Sesi 1 : 3 - 4 petang
Sesi 2 : 5 - 6 petang

Setiap sesi limit untuk 20 orang yang terawal je. Jadi siapa cepat dia yang dapat !!

Harga
Rm 10 (dewasa dan kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun)
Percuma (kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah)


Apapun pastikan korang datang awal 30 minit sebelum event itu bermula untuk pendaftaran. Dan untuk maklumat boleh layari https://www.facebook.com/My.McDonalds/photos/a.354401130022.351428.142518590022/10160546521160023/?type=3&theater



4 ulasan

  1. siapalah agaknya 20 orang bertuah tu, best dapat makan aiskrim durian masa musim panas ni

    BalasPadam
  2. memang sedap. rase sangat durian tu

    BalasPadam
  3. x sempat nak join sbb ada hal utk hari tu.. tapi sempat beli 1 rasa.. sedap..

    BalasPadam
  4. semlm aida lunch dgn asben di mcD.
    memang perasan ada ruang reserve utk ni.
    ada 7-8 biji durian atas meja tau.
    semerbak bau nyer.
    tapi kami x join la.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.