Khamis, 3 Mei 2018

Promosi khas sempena PRU'14

Bahang pilihanraya semakin terasa !! Penamaan calon juga telah diumumkan secara rasminya 28 April yang lalu. Masih ada yang tak tahu siapa calon kawasan setempat lagi ke hehe.. kalau tak tahu tu dah boleh mula ambil tahu dah ye. Lagi 4 hari dah undi pos ni !! Betul kan undi pos 5 Mei kan?? Karang ciktie pula yang tersilap info 🤔

Ciktie

Kemarin dengan rasminya selesai sudah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang untuk tahun ini. Alhamdulillah, terima kasih pada semua yang telah memberi bekerjasama dan mana  yang telah terlibat tu. Mana yang terkurang tu minta maaf ye tahun depan kita perbaiki lagi. In Shaa Allah, aamiin moga kita diberi kesempatan lagi. #apc #sorry

Ok, berbalik kepada pru'14 yang bakal tiba beberapa hari je lagi ni. Hari rabu ini dah ye !! Kemeriahan memang semakin terasa. Seronok pula ciktie tengok dimana-mana saje. Kiri kanan jalan bendera parti masing-masing berkibar megah camtu. Tak cukup dengan kibaran tu diorang siap tunjukkan kemahiran masing-masing buat sesuatu dengan bendera tu. Ada yang buat wau, kereta kebal, bangunan KLCC apa lagi?? Pendek kata korang memang kreatif la.

Ciktie

Tapi ciktie bukan nak cerita pasal yang tu. Ciktie nak bagitau ada hotel dekat wakaf Che Yeh tu buat promosi khas sempena 9 Mei 2018 tu nanti !! Hotel tu tak lain  tak bukan Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu. Promosi ni memang diorang buat khas sempena hari membuang undi tu tapi sehari itu jelah ye memandangkan ramai warga Kelantan yang bakal pulang mengundi. Ehh sekarang ni dah ada yang dah pulang dah !! Jadi buat warga Kelantan terutamanya mereka-mereka yang bakal pulang mengundi nanti jangan lepaskan peluang ni. Harga yang ditawarkan amatlah murah dan berpatutan.

Bermula pukul 12 tengahari sehingga 2 petang (2jam) untuk set lunch dengan harga rm40. Sajiannya meliputi nasi ulam, ikan tawar, ulam-ulaman dan juga colek. Untuk hitea pula ia bermula pukul 3 hingga 5 petang dengan harga rm20 je.


Promosi lain yang terdapat dekat hotel itu termasuklah juga seperti :-


Promosi 9+1 
Datang 10 orang 9 je yang kena bayar seorang free. Promosi ini berlangsung dari puasa pertama hinggalah puasa terakhir iaitu sepanjang bulan puasa. Minimum datang 10 orang tapi kalau kurang tu tak merasalah ye.


Tempahan boleh dibuat terus ke Lagenda Restaurant atau boleh juga hubungi chef  Norhisham di talian 013-224 9201 sebelum pukul 3 petang. Tapi kalau lewat-lewat korang kena tengok kekosongan jugalah ye. Untuk buffet Ramadhan korang boleh rujuk dekat sini !

Promosi sepanjang masa
Steambot ! Ianya bergantung kepada permintaan pengunjung. Dengan harga rm28 korang bebas menikmati hidangan ini bila-bila masa. Nak sekarang pun boleh tapi macam biasa kena tempah awal-awallah ye 😚😚 jangan kata ciktie tak payung..

Tapi kalau korang nak dapatkan info lebih details berkaitan promosi ini, korang boleh hubungi talian 09-747 4004 ataupun sesawang www.holidayvillahotels.com




5 ulasan

  1. bestnya ada promo untuk PRU nanti!

    BalasPadam
  2. Wah, bagusnya ada promosi macam ni... Senang nak balik mengundi...

    BalasPadam
  3. Jom reunion pru ni kat holiday villa ..

    BalasPadam
  4. Wah, menarik betul promosi nya.. Anyway, tahniah pada awak kerana tersenarai dalam top commentator dalam jurnal akak.. =)

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/top-commentor-april-mei-2018.html

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.