Khamis, 27 April 2017

Cara Daftar Mengundi

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi ?? Jika belum lekas la daftar di mana-mana pusat pendaftaran SPR yang berdekatan tu dengan segera. Sekarang ni dimana-mana je orang asyik bertanya dah daftar ke belum.. PRU pun dengar-dengar bakal diadakan bulan Oktober ataupun November tahun ni.

Ehh masih ada lagi ya yang tak tau camne nak daftar mengundi ni ?? Jangan susah hati ya !!

Cara Daftar Mengundi 

Sebenarnya terdapat 2 cara ataupun kaedah yang telah dinyatakan oleh SPR bagi membolehkan pendaftaran mengundi dilakukan iaitu :-

  1. Pendaftaran Statik - melalui kaunter Ibu Pejabat SPR, Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pos Berkomputer; 
  2. Pendaftaran Bergerak - Out-Reach team SPR, Penolong Pendaftar (parti politik) atau Penolong Pendaftar di pejabat-pejabat kerajaan yang dilantik oleh SPR.
Walaubagaimanapun kedua-dua kaedah ni memerlukan kita sebagai pemohon mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam Kad Pengenalan, resit JPN KPPK 9 / resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Kita juga boleh mengunjungi pusat-pusat pendaftaran SPR yang berdekatan sepertimana dibawah :-
  • Ibu pejabat SPR di Putrajaya
  • Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
  • Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
  • Pejabat Daerah/ Pejabat Majlis Daerah
  • Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR.









.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.